Wednesday, November 19, 2008

Kes berprofail tinggi tapi tiada rayuan kes Razak

Tindakan Peguam negara tidak memfailkan sebarang Rayuan terhadap terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Penganalisa Politik, Abdul Razak Baginda yang di tuduh membunuh wanita Monggolia, Altantuya Sahhribuu amat dikesali.

Ahli Parlimen Pucong, Gobind Singh Deo berkata adalah sesuatu yang sangat pelik apabila kes berprofail tinggi seperti kes pembunuhan yang melibatkan bahan letupan C4 seperti ini tetapi tidak dibuat rayuan oleh Peguam Negera yang bertindak sebagai pendakwaraya.

"Kes Razak adalah kes 302 kanun kesiksaan merupakan kes berat yang boleh membawa hukuman mati kalau disabitkan kesalahan tetapi seolah-oleh dianggap tidak penting oleh Gani Patail dan pejabat peguam negara" kata Gobind

"Ini adalah tindakan yang paling aneh dan paling tidak profesional yang telah ditunjukkan oleh Peguam negara, pihak pendakwaraya dan juga badan perundangan negara" Kata Gobind yang juga merupakan seorang peguam.

Menurut Gobind ketika pendakwaan mula dibuat ke atas Razak, pihak pendakwaraya telah mengemukan hujah dan fakta yang sangat berat ke atas penganalisa politik tersebut tetapi apabila tiba di penghujung kes, Peguam negara telah bertindak menukar pendirian pula.

Kata Gobind, pembebasan Razak telah diberi tafsiran oleh pihak peguam negara seolah-olah kes yang membabitkan Razak telah selesai tanpa dibuat susulan yang berupa rayuan sebagaimana apa yang telah dilakukan dalam beribu-ribu kes sebelum ini.

"Mustahil Peguam negara tidak menyedari bahawa kes Pembunuhan Altantuya adalah kes yang menjadi perhatian dunia serta akan memberi imej yang buruk kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan baik dan beretika"

" Ini adalah mengabaikan tanggungjawab yang akan memberi implikasi yang besar mengenai pandangan dunia terhadap instituasi keadilan negara apabila kes ini tidak dibuat rayuan" jelas Gobind yang merupakan anak kepada Peguam Pemerhati keluarga Altantuya, Karpal Singh.

katanya, apabila AG tidak membuat rayuan ia akan memberikan persepsi bahawa kes tersebut bukan kes yang besar dan tidak harus diberi perhatian sedangkan kes Pembunuhan Altantuya adalah kes yang diberi keutamaan khusus.

" Kes pembunuhan ini amat serius kerana itu kerajaan sendiri telah memberi keutamaan supaya kes pembicaraan dijalankan secepat mungkin tanpa melengahkannya dan dijalankan setiap hari sejak dua tahun lalu" ujar Gobind.

"Kami para peguam yang telah lama dalam bidang perundangan kesal kerana Peguam Negara tidak memberikan sebarang alasan berhubung tindakan berdiam diri untuk tidak membuat rayuan berhubung pembebasan Razak"

" Ini adalah antara kes paling pelik di dunia dan akan menjadi sejarah pada perundangan negara kita" sinis Gobind.

Menurut Gobind lagi, bapa beliau yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga wanita mangsa bunuh tersebut telah menyerahkan surat dari bapa Altantuya, Dr Shariibuu Setev kepada peguam negara supaya mengemukakan rayuan berhubung pembebasan Razak.

Namun surat yang diserahkan Karpal kepada pejabat peguam negara pada 3 November lalu tidak diambil tindakan oleh Gani Patail.