Friday, August 28, 2009

Mengapa Muhyiddin serang Anwar?




http://www.blogger.com/img/blank.gif
Seminggu selepas berakhirnya demontrasi yang dilakukan lebih 30,000 rakyat secara besar-besaran di ibu negara pada 1 Ogos lalu membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa diduga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghukum Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Beberapa media milik Umno/BN kemudiannya yang cuba mendapatkan penjelasan sebenar disebalik kenyataan tersebut dari mulut Timbalan Perdana Menteri itu akhirnya diperakui Muhyuddin bahawa kenyataan tersebut sememangnya benar terbit dari bibir beliau.

Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pengkhianat' membawa maksud seorang itu tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawaban ke atasnya. Sebaliknya dengan sengaja serta membuka ruang kepada musuh untuk menguasainya sehingga amanah itu tidak sampai kepada mereka yang seharusnya menerima amanah tersebut iaitu orang melayu.

Berdasarkan difinasi tersebut, kenyataan Muhyiddin yang juga seorang TPM terhadap mantan TPM itu merupakan suatu pertuduhan yang berat. Manakala tindakan Anwar menyaman beliau sebanyak RM 100 juta juga dianggap wajar dan tidak menghairankan.

Persoalannya, mengapa secara tiba-tiba Muhyiddin bertindak menyerang Anwar sedangkan sebelum ini pun banyak isu-isu politik, pentadbiran , ekonomi dan sosial dan pelbagai lagi yang mencabar kewibawaan Umno/BN sebagai parti memerintah telah dipersoal dan di cabar Anwar?

Apakah disebabkan sebelum ini Muhyiddin tidak berada di kerusi numbor dua?. Dalam Umno, budaya dari tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka mudah dibaca kerana setelah lebih 50 tahun menerajui negara banyak ulangan peristiwa berlaku melalui skrip yang sama walaupun watak-watak pelakunya berbeza.

Sebelum ini Muhyiddin secara terbuka juga mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 lalu. Sejak itu nama beliau mula menjulang sehingga menakutkan Dato Seri Najib yang menjawat jawatan TPM ketika itu serta terkenal dengan jolokan pemimpin 'play save' sebelum ini.

Muhyuddinlah yang telah membuka mata pemimpin-pemimpin Umno yang takut bersuara atau mengkritik selain budaya mengampu yang sekian lama diamalkan dalam parti yang di dakwa mewakili majoriti orang melayu itu.

Langkah pertama Muhyiddin mengkritik Abdullah telah berjaya meletakkan nama beliau sebagai calon paling layak untuk menerajui Umno. Ini sekali gus berjaya menenggelamkan beberapa pesaing beliau seperti Ali Rustam dan Muhamad Taib.

Mungkin juga kalau tidak disebabkan adanya perjanjian peralihan kuasa antara Abdullah- Najib, tuah Muhyiddin merebut kerusi numbor satu negara boleh menjadi suatu kenyataan.

Pun begitu, dalam sejarah satus qou Umno, mereka yang layak mencabar kedudukan Presiden Umno adalah Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Maka orang yang paling layak mencabar kedudukan Najib adalah Muhyiddin. Realiti ini sememangnya di sedari Najib.

Apa pun Muhyiddin perlu mengakui bahawa hakikatnya Najib kini menjadi bos beliau. Sebagai orang bawahan kepada bos beliau, Muhyiddin perlu membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang boleh di percayai dan sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan bosnya.

Sebagai seorang ahli politik veteran, Muhyiddin seharusnya menyedari kehendak dan keperluan yang amat diperlukan oleh Najib ketika ini.

Dalam kapsul politik semasa, beberapa keputusan pilihanraya kecil selepas PRU lalu menyaksikan kekalahan demi kekalahan menimpa wakil-wakil Umno/BN. Di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti menyaksikan kemenangan dengan majorti lebih besar kepada Pakatan Rakyat (PR) memberikan aib yang besar kepada kepimpinan yang diterajui Najib.

Pujian pertama yang diterima dari bos beliau adalah ketika bersama Pengerusi Umno Kelantan, Dato Mustafa Mohamad memimpin jentera pilihanyara BN di Manik Urai. Walaupun kalah dengan majoriti 65 Undi namun keputusan itu dianggap amat manis kerana selepas tewas dengan majoriti besar, kejayaan mengurangkan majoriti pembangkang boleh mengubat hati bos beliau.

Kenyataan pertama Muhyiddin selepas keputusan di Manik Urai bahawa usaha mengurangkan majoriti pembangkang merupakan suatu kejayaan yang mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan 1Malaysia tajaan Najib.
Muhyiddin tidak memberi pujian kepada pengundi-pengundi di Manik urai di atas kejayaan mengurangkan majoriti pembangkang sebaliknya meletakkan pujian ke atas bos beliau sebagai punca kejayaan tersebut.

Bagi membalas pujian tersebut, Najib melahirkan rasa puas hati terhadap jentera piliahanraya di Manik Urai. Yang nyata pujian Najib terhadap beliau dan Mustapa masih belum lagi membanggakan kerana beliau masih dianggap menumpang tuah Tok Pa (Mustapa). Apatah lagi rakyat Kelantan yang diterajui PR serta sukar menerima orang luar mampu memberi sokongan terhadap beliau.

Menyerang Anwar

Demontrasi besar-besaran membantah ISA yang mencatat sejarah dengan kehadiran lebih 30, 000 rakyat yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang melayu amat mengaibkan reputasi 1Malaysia ciptaan Najib.

Demontrasi oleh Pewaris yang menyokong ISA serta di hadiri tidak sampai seratus orang tidak berjaya dijadikan pengimbang kepada desakan pemansuhan ISA tajaan Gabungan Mansuhkan Isa (ISA) yang di wakili oleh beratus NGO dan pembangkang yang jumlahnya beratus kali ganda.

Demontrasi pada 1 Ogos itu secara terus memberikan gambaran bahawa orang melayu bangun menentang Najib walaupun bos Muhyiddin itu telah membuat pelbagai kenyataan media bagi menggesa orang melayu tidak melakukan demontrasi tersebut.

Pihak polis pula mengadakan pelbagai sekatan dan sengaja mengecilkan laluan bertujuan menjadikan keadaan sesak di luar pusat bandar serta menutup kebanyakkan lauan di pusat bandar sebagai cubaan menakut rakyat dari menyertai demontrasi tersebut.

Apabila selesai berdemontrasi dan 589 rakyat ditangkap dengan pelbagai pertuduhan, muncul Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa usaha membawa rakyat menentang akta zalim ISA berjaya mencapai matlamatnya.

Susulan itu juga beberapa nama pemimpin pembangkang termasuk Anwar diumum polis sebagai orang di kehendaki memberi keterangan.

Setelah pihak media membuat momokan yang kononnya para peniaga, pemandu teksi serta ibu kota lumpuh akibat demontrasi tersebut tidak dipercayai rakyat, Najib menjadi semakin tertekan.

Melihat kepada tekanan yang di terima bos beliau, Muhyiddin cuba mengalih tumpuan rakyat dan media. Lalu mangsa yang boleh mengurangkan tekanan selain menghiburkan bos beliau adalah musuh politik Perdana Menteri itu, Anwar Ibrahim.

Najib yang selama ini menjadi pemimpin yang suka play save dalam segala isu di lihat bersendirian menentang musuh politiknya Anwar Ibrahim. Isu-isu berhubung pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaaribuu, pembebesan Razak Baginda, skandal pembelian kapal selam selain masalah ekonomi negara dan survival politik BN yang semakin meruncing meletakkan Najib dalam keadaan stress yang kronik.

Najib perlukan seorang timbalan yang sama-sama berkongsi tekanan tersebut sedangkan Muhyiddin sebelum ini masih dianggap pencabar yang diragui kesetiannya.Muhyiddin juga belum memperlihatkan kesetiaan berganding bahu dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung beliau.

Reformasi Muhyiddin dalam kementerian Pelajaran seperti mengurangkan bilangan subjek dalam peperiksaam SPM dan berjaya mengurangkan tekanan rakyat terhadap isu pembelajaran dan pendidikan Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak banyak memberi kredit kepada Najib. Sebaliknya kejayaan tersebut lebih memihak kepada kecemerlangan Muhyiddin dimata rakyat khususnya orang-orang Umno.

Ini terbukti sejurus selepas Muhyiddin mengistiharkan Anwar sebagi pengkhianat bangsa melayu, Najib membuat kenyataan bahawa Muhyiddin adalah rakan serasi beliau. Muhyiddin pula setelah menerima pujian tersebut di saat beliau berada di Perth mengakui berbangga dengan pujian yang di berikan oleh bosnya itu.

Secara politiknyanya Muhyiddin lebih kehadapan berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain dalam usaha untuk menarik perhatian bosnya. Muhyiddin juga bijak memilih masa dan isu yang sesuai untuk melakar nama di hati bosnya.

Jejak Muhyiddin kelihatan cuba di ikuti oleh Dato Shahril Samad tetapi setakat ini Najib belum membuat apa-apa kenyataan bagi membalas jasa baik Umno Johor Bharu terhadap kenyataan menyelar Anwar sebagai pengkhianat bangsa.