Rampasan untuk takutkan pembeli dan pengedar
Tindakan KDN merampas 6,108 naskah akhbar KABAR yang bermotokan Era Pakatan di 915 permis diseluruh negara bukan disebabkan oleh tanpa permit penerbitan atau aduan awam serta laporan polis tetapi disebabkan oleh 'arahan pihak atasan'.
Kenyataan saya ini bagi menyangkal kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad sebagaimana dilapurkan bernama semalam.
Dalam kenyataan tersebut Datuk Zaitun mengeluarkan kenyataan bahawa KABAR diterbitkan tanpa permit serta tindakan merampas 6,108 naskah disebabkan aduan awam dan laporan polis adalah tidak benar dan tindakan berat sebelah.
Kenyataan saya ini berdasarkan bukti berikut.
1. KDN telah mengeluarkan permit KABAR yang bernombor PP 16761/12/2010 (026203) kepada Abu Bakar Ninggal. Numbor permit tersebut sentiasa tertera dimuka depan KABAR bagi memudahkan rujukan pihak berkuasa. sebagaimana lampiran 1
2. Perkataan Era Pakatan adalah moto kepada KABAR. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak KDN melalui surat penyerahan lapan (8) salinan KABAR pada setiap penerbitan. KDN juga telah mengesahkan penerimaan surat yang disertakan pada setiap kali diserahkan 8 salinan tersebut.( lampiran 2 dan lampiran 2a)
Dalam salinan tersebut dinyatakan bahawa 'KABAR yang bermotokan Era Pakatan' bukannya KABAR era Pakatan sebagaimana didakwa oleh Datuk Zaitun.Dalam kaedah sebutannya KABAR akan dikaitkan dengan motonya sebagaimana 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang disebut bersama dengan motonya.
Dalam kata lainnya KDN sepatutnya menyedari bahawa "Era Pakatan' adalah moto kepada KABAR bukannya datang dari permit 'KABAR Era Pakatan' yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh KDN.
Lagipun moto sesebuah akhbar boleh dinamakan apa sahaja atau ditukar dengan apa nama sekalipun pada bila-bila masa kerana ia tidak terikat dengan penerbitan permit.
Setakat ini pihak KDN tidak pernah memberikan apa-apa surat atau kenyataan kepada pihak editorial atau pihak pengurusan KABAR berhubung KABAR yang diserahkan pada KDN.
Sekiranya KDN tidak berpuas hati atau menyarankan supaya diubah saiz atau mana-mana yang tidak berbetulan dengan kehendak KDN maka kementerian tersebut sepatutnya menghubungi pihak KABAR bagi memaklumkannya atau memberi surat peringatan atau amaran.
Tindakan KDN tidak memberi apa-apa notis, kenyataan atau amaran tetapi bertindak merampas dam menyita KABAR adalah tindakan yang tidak profesional dan menimbulkan pelbagai keraguan serta menjejaskan kredibiliti kementerian tersebut.
Apakah ini prosiding KDN, yang bertindak tanpa maklumat, tanpa siasatan serta rujukan dalam menangani isu atau kes-kes yang membabitkan kepentingan awam?.
3. Kenyataan Datuk Zaitun yang menyatakan tindakan 'merampas' KABAR disebabkan
terdapat aduan awam dan laporan polis juga merupakan kenyataan yang sengaja dijadikan alasan serta berat sebelah.
"Apakah disebabkan aduan awam dan laporan polis menyebabkan KABAR di sita? Bagaimana dengan ratusan aduan awam dan puluhan laporan polis kepada akhbar media perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian yang dibuat oleh rakyat, begitu juga dengan TV3. Mengapa Utusan, BH dan TV 3 tidak disita atau dihentikan siaran disebabkan aduan awam dan laporan polis. Mengapa KABAR disita dijadikan mangsa?.
Kalau ada laporan polis atau aduan awam, KDN seharusnya datang menyiasat atau mengambil keterangan dari KABAR.
Saya ada menerima panggilan telefon dari IPD Timur laut Pulau Pinang yang ingin mengambil keterangan berhubung kenyataan Lim Guan Eng dalam penerbitan KONSEP bilangan ke-20 dan bukannya dari penerbitan KABAR.
Sampai kesaat ini pegawai yang berjanji akan datang menemui saya minggu lalu tidak datang untuk mengambikl keterangan sedangkan semua bukti telah saya sediakan.
Kami sedar bahawa Datuk Zaitun baru sahaja beberapa minggu di tukarkan kejawatannya sekarang dan kenyataan beliau mungkin hanya berdasarkan maklumat pegawai-pegawai kanan beliau sahaja.
Tindakan tidak profesional KDN yang kami anggap sebagai 'menerima arahan dari tangan-tangan ghaib'mengakibatkan KABAR dijadikan mangsa.
KABAR merupakan tabloit yang mendapat permit penerbitan mingguan tetapi dikeluarkan dua kali sebulan sebagai permulaan dan dijangka akan diterbitkan setiap minggu dalan beberapa bulan lagi.
KABAR merupakan akhbar yang melapurkan berita-berita serta rencana dan analisa berhubung pelbagai isu terutamanya isu-isu politik.
Formet serta konsep KABAR berbeza dari lain-lain media alternatif disebabkan setiap isu akan dikupas berdasarkan kepada pandangan dan pendirian dari PKR, PAS dan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.
'Depa kata saya pakai ilmu pukau masa bercakap depan orang ramai". Demikian kata-kata yang keluar dari lidah Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub sedang menikmati juadah berbuka puasa di Surau Nurul Iman Hulu Langat pada 16 September lalu.
Saya lihat Syeikh Mahmud tersentak dengan senyuman terukir di wajah beliau. Turut serta dalam majlis tersebut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Butir perbualan ringkas ketika saya sempat merakamkan gambar ini berkisar tentang pilihanraya kecil Batang Pinang yang dijangka akan diadakan 11 Oktober depan. Kemudiannya Anwar memberitahu Tuan Guru beliau itu bahawa terdapat beberapa halangan yang cuba dilakukan oleh orang-orang BN bagi menghalang beliau dan beberapa pemimpin PR lain mengadakan ceramah-ceramah di Negeri Sembilan dan Selangor.
Atas pendekatan adap saya meninggalkan Anwar dan Guru beliau itu selepas lebih kurang lima minit merakamkan gambar Sheikh Mahmud bersama tetamu-tetamu beliau.
Sheikh Mahmud pernah menggemparkan dunia politik tanah air apabila beliau didatangi dua pemimpin tertinggi kerajaan dan pembangkang pada 10 mac 2009 lalu.
Pada tarikh tersebut Anwar dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir menjadi tetamu kehormat Sheikh Mahmud dimajlis perayaan Maulidurrasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Sheikh Mahmud dalam alam kerohanian.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Seminggu selepas berakhirnya demontrasi yang dilakukan lebih 30,000 rakyat secara besar-besaran di ibu negara pada 1 Ogos lalu membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa diduga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghukum Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Beberapa media milik Umno/BN kemudiannya yang cuba mendapatkan penjelasan sebenar disebalik kenyataan tersebut dari mulut Timbalan Perdana Menteri itu akhirnya diperakui Muhyuddin bahawa kenyataan tersebut sememangnya benar terbit dari bibir beliau.
Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pengkhianat' membawa maksud seorang itu tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawaban ke atasnya. Sebaliknya dengan sengaja serta membuka ruang kepada musuh untuk menguasainya sehingga amanah itu tidak sampai kepada mereka yang seharusnya menerima amanah tersebut iaitu orang melayu.
Berdasarkan difinasi tersebut, kenyataan Muhyiddin yang juga seorang TPM terhadap mantan TPM itu merupakan suatu pertuduhan yang berat. Manakala tindakan Anwar menyaman beliau sebanyak RM 100 juta juga dianggap wajar dan tidak menghairankan.
Persoalannya, mengapa secara tiba-tiba Muhyiddin bertindak menyerang Anwar sedangkan sebelum ini pun banyak isu-isu politik, pentadbiran , ekonomi dan sosial dan pelbagai lagi yang mencabar kewibawaan Umno/BN sebagai parti memerintah telah dipersoal dan di cabar Anwar?
Apakah disebabkan sebelum ini Muhyiddin tidak berada di kerusi numbor dua?. Dalam Umno, budaya dari tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka mudah dibaca kerana setelah lebih 50 tahun menerajui negara banyak ulangan peristiwa berlaku melalui skrip yang sama walaupun watak-watak pelakunya berbeza.
Sebelum ini Muhyiddin secara terbuka juga mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 lalu. Sejak itu nama beliau mula menjulang sehingga menakutkan Dato Seri Najib yang menjawat jawatan TPM ketika itu serta terkenal dengan jolokan pemimpin 'play save' sebelum ini.
Muhyuddinlah yang telah membuka mata pemimpin-pemimpin Umno yang takut bersuara atau mengkritik selain budaya mengampu yang sekian lama diamalkan dalam parti yang di dakwa mewakili majoriti orang melayu itu.
Langkah pertama Muhyiddin mengkritik Abdullah telah berjaya meletakkan nama beliau sebagai calon paling layak untuk menerajui Umno. Ini sekali gus berjaya menenggelamkan beberapa pesaing beliau seperti Ali Rustam dan Muhamad Taib.
Mungkin juga kalau tidak disebabkan adanya perjanjian peralihan kuasa antara Abdullah- Najib, tuah Muhyiddin merebut kerusi numbor satu negara boleh menjadi suatu kenyataan.
Pun begitu, dalam sejarah satus qou Umno, mereka yang layak mencabar kedudukan Presiden Umno adalah Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Maka orang yang paling layak mencabar kedudukan Najib adalah Muhyiddin. Realiti ini sememangnya di sedari Najib.
Apa pun Muhyiddin perlu mengakui bahawa hakikatnya Najib kini menjadi bos beliau. Sebagai orang bawahan kepada bos beliau, Muhyiddin perlu membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang boleh di percayai dan sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan bosnya.
Sebagai seorang ahli politik veteran, Muhyiddin seharusnya menyedari kehendak dan keperluan yang amat diperlukan oleh Najib ketika ini.
Dalam kapsul politik semasa, beberapa keputusan pilihanraya kecil selepas PRU lalu menyaksikan kekalahan demi kekalahan menimpa wakil-wakil Umno/BN. Di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti menyaksikan kemenangan dengan majorti lebih besar kepada Pakatan Rakyat (PR) memberikan aib yang besar kepada kepimpinan yang diterajui Najib.
Pujian pertama yang diterima dari bos beliau adalah ketika bersama Pengerusi Umno Kelantan, Dato Mustafa Mohamad memimpin jentera pilihanyara BN di Manik Urai. Walaupun kalah dengan majoriti 65 Undi namun keputusan itu dianggap amat manis kerana selepas tewas dengan majoriti besar, kejayaan mengurangkan majoriti pembangkang boleh mengubat hati bos beliau.
Kenyataan pertama Muhyiddin selepas keputusan di Manik Urai bahawa usaha mengurangkan majoriti pembangkang merupakan suatu kejayaan yang mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan 1Malaysia tajaan Najib.
Muhyiddin tidak memberi pujian kepada pengundi-pengundi di Manik urai di atas kejayaan mengurangkan majoriti pembangkang sebaliknya meletakkan pujian ke atas bos beliau sebagai punca kejayaan tersebut.
Bagi membalas pujian tersebut, Najib melahirkan rasa puas hati terhadap jentera piliahanraya di Manik Urai. Yang nyata pujian Najib terhadap beliau dan Mustapa masih belum lagi membanggakan kerana beliau masih dianggap menumpang tuah Tok Pa (Mustapa). Apatah lagi rakyat Kelantan yang diterajui PR serta sukar menerima orang luar mampu memberi sokongan terhadap beliau.
Menyerang Anwar
Demontrasi besar-besaran membantah ISA yang mencatat sejarah dengan kehadiran lebih 30, 000 rakyat yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang melayu amat mengaibkan reputasi 1Malaysia ciptaan Najib.
Demontrasi oleh Pewaris yang menyokong ISA serta di hadiri tidak sampai seratus orang tidak berjaya dijadikan pengimbang kepada desakan pemansuhan ISA tajaan Gabungan Mansuhkan Isa (ISA) yang di wakili oleh beratus NGO dan pembangkang yang jumlahnya beratus kali ganda.
Demontrasi pada 1 Ogos itu secara terus memberikan gambaran bahawa orang melayu bangun menentang Najib walaupun bos Muhyiddin itu telah membuat pelbagai kenyataan media bagi menggesa orang melayu tidak melakukan demontrasi tersebut.
Pihak polis pula mengadakan pelbagai sekatan dan sengaja mengecilkan laluan bertujuan menjadikan keadaan sesak di luar pusat bandar serta menutup kebanyakkan lauan di pusat bandar sebagai cubaan menakut rakyat dari menyertai demontrasi tersebut.
Apabila selesai berdemontrasi dan 589 rakyat ditangkap dengan pelbagai pertuduhan, muncul Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa usaha membawa rakyat menentang akta zalim ISA berjaya mencapai matlamatnya.
Susulan itu juga beberapa nama pemimpin pembangkang termasuk Anwar diumum polis sebagai orang di kehendaki memberi keterangan.
Setelah pihak media membuat momokan yang kononnya para peniaga, pemandu teksi serta ibu kota lumpuh akibat demontrasi tersebut tidak dipercayai rakyat, Najib menjadi semakin tertekan.
Melihat kepada tekanan yang di terima bos beliau, Muhyiddin cuba mengalih tumpuan rakyat dan media. Lalu mangsa yang boleh mengurangkan tekanan selain menghiburkan bos beliau adalah musuh politik Perdana Menteri itu, Anwar Ibrahim.
Najib yang selama ini menjadi pemimpin yang suka play save dalam segala isu di lihat bersendirian menentang musuh politiknya Anwar Ibrahim. Isu-isu berhubung pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaaribuu, pembebesan Razak Baginda, skandal pembelian kapal selam selain masalah ekonomi negara dan survival politik BN yang semakin meruncing meletakkan Najib dalam keadaan stress yang kronik.
Najib perlukan seorang timbalan yang sama-sama berkongsi tekanan tersebut sedangkan Muhyiddin sebelum ini masih dianggap pencabar yang diragui kesetiannya.Muhyiddin juga belum memperlihatkan kesetiaan berganding bahu dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung beliau.
Reformasi Muhyiddin dalam kementerian Pelajaran seperti mengurangkan bilangan subjek dalam peperiksaam SPM dan berjaya mengurangkan tekanan rakyat terhadap isu pembelajaran dan pendidikan Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak banyak memberi kredit kepada Najib. Sebaliknya kejayaan tersebut lebih memihak kepada kecemerlangan Muhyiddin dimata rakyat khususnya orang-orang Umno.
Ini terbukti sejurus selepas Muhyiddin mengistiharkan Anwar sebagi pengkhianat bangsa melayu, Najib membuat kenyataan bahawa Muhyiddin adalah rakan serasi beliau. Muhyiddin pula setelah menerima pujian tersebut di saat beliau berada di Perth mengakui berbangga dengan pujian yang di berikan oleh bosnya itu.
Secara politiknyanya Muhyiddin lebih kehadapan berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain dalam usaha untuk menarik perhatian bosnya. Muhyiddin juga bijak memilih masa dan isu yang sesuai untuk melakar nama di hati bosnya.
Jejak Muhyiddin kelihatan cuba di ikuti oleh Dato Shahril Samad tetapi setakat ini Najib belum membuat apa-apa kenyataan bagi membalas jasa baik Umno Johor Bharu terhadap kenyataan menyelar Anwar sebagai pengkhianat bangsa.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-30595483863495335282009-05-18T20:08:00.000-07:002009-05-18T20:10:39.629-07:00Umno/BN hilang maruah diteraju pemimpin dayusKeputusan jamaah kabinet yang diterajui Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk tidak menyertai Pilihanraya Kecil N.12 Penanti bukan sekadar mencipta satu sejarah sejak 63 tahun Umno bertapak dinegara ini malah menjadi penanda aras yang membuktikan umno/BN telah kehilangan kepemimpinan serta maruahnya.
Dalam dimensi yang sama, kepimpinan parti yang menerajui negara ini sejak lebih 52 tahun itu seolah-olah telah direntap oleh suatu kuasa ketakutan sehingga menghilangkan jati diri dan keperkasaannya . Ini sekali gus meletakkan segala harapan dan sandaran yang menjadi tunjang kepada keyakinan rakyat selama ini terhadap parti dan pemimpin-pemimpinnya hilang dan hancur hanya disebabkan oleh sebuah keputusan dari kepimpinan yang tidak sanggup merempuh cabaran, tidak punya semangat juang dan bersikap dayus.
Cerminan yang dapat disimpulkan dari keputusan dayus itu adalah suatu pengiktirafan yang tidak dapat disangkal lagi bahawa lawan Umno/BN iaitu Pakatan Rakyat terlalu kuat sehingga tidak sanggup ditentang oleh Umno ataupun mana-mana komponen BN pun.Pengiktirafan ini tidak pernah diperoleh oleh Pembangkang sebelum ini. Ini juga merupakan sejarah baru yang memihak kepada musuh BN itu.
Inilah yang nyata dapat disedari dan lihat oleh rakyat sejak Najib memegang tampuk kepimpinan negara dari Tun Abdullah pada Mac lalu.
Berdasarkan personalitinya, Najib adalah seorang pemimpin yang lahir dalam keluarga bangsawan yang mana perjalanan politiknya sentiasa dihampari permaidani merah.Najib tidak pernah dicabar ketika dalam Umno.Pengaruh Anwar Ibrahim yang mana Najib juga tergolong dalam team wawasan pimpinan Anwar ketika Anwar didalam Umno dahulu meletakkan beliau lebih bernasib baik dalam mencipta nama dalam Umno.
Najib yang terkenal dengan sikap 'play safe' yang pernah disindir oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno termasuk timbalan beliau Muhyiddin Yassin, memperlihatkan imej kepimpinan beliau hanya sekadar menumpang 'aura' bapa beliau, Tun Razak.
Kegagalan Najib untuk meletakkan calon BN di penanti bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Umno/BN yang membenarkan kenyataan bahawa Umno semakin daif malah semua komponen dibawah BN juga semakin longlai walhal menang dan kalah adalah adat bertanding.
Pakatan Rakyat yang dibarisi PAS, DAP dan PKR telah mengalami detik-detik keperitan akibat tewas dalam pilihanraya hampir 50 tahun sebelum mencatat kebanggaan pada Pilihanraya Umum Mac tahun lalu.
Kesan dari kesabaran, keperkasaan dalam mempertahan maruah parti serta dipimpin oleh pemimpin yang berani menghadapi pelbagai halangan dan fitnah seperti Anwar Ibrahim, Lim kit Siang dan Hadi Awang serta berpulluh-puluh lagi pemimpinan yang pernah meringkuk dipenjara serta di aniaya akhirnya PR berjaya meyakinkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bekas Setiausaha Amerika, Hendry Kissingger berkata kekuatan sesebuah parti politik itu 85 peratusnya terletak pada ketahanan jiwa pemimpinnya, 10 peratus terletak pada orang bawahannya dan lima peratus lagi terletak pada lambang partinya.
Tindakan Najib mengaku kalah sebelum bersabung secara jangka panjangnya akan melibatkan krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau melebihi dari situasi parti pimpinanya sering kalah dalam pilihanraya.
Rakyat menyedari bahawa seorang pemimpin yang tulin adalah mereka yang berani dan sanggup menghadapi kesukaran, keiaban, fitnah dan pelbagai resam cabaran. Kebanyakan negara di dunia sedang bergelut menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis ekonomi dunia tetapi Malaysia sedang berada dalam indeks yang lebih merbahawa kerana selain krisis ekonomi, krisis politik dan perlembagaan dinegara ini sedang meniti saat yang amat menakutkan.
Krisis perlembagaan di Perak telah meletakkan negara ini sebaris dengan Zimbabwe dan beberapa negara Afrika lain kata Lim Kit Siang. Institusi polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara serta memelihara keluhuran perlembagaan di negara ini telah menodai amanah tersebut dengan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei lalu. Pada 3 Mac lalu pula bertindak menghalang Adun dari mengadakan persidangan sehingga sejarah tercipta bila Adun terpaksa bersidang di bawah pokok.
Ketidak stabilan ekonomi yang disertai oleh kemelut perlembagaan serta salah guna pihak polis meletakkan negara dan rakyat sedang berada diambang yang terlalu takut untuk dibayangkan.Pemimpin yang tidak bermaruah dan bersikap dayus mampu dan akan bertindak melarikan diri sekiranya apa-apa berlaku terhadap negara ini. malah pemimpin dayus sebegitu akan sanggup mempergunbakan apa sahaja termasuk polis, tentera dan istana untuk dijadikan benteng pertahanan.
Ini tidak menghairankan setelah RM67 billion wang rakyat dan wang negara telah berjaya diperoleh mandat untuk dikuasai. Kuasa wang tersebut juga akan mampu dibeli untuk memujuk, menyogok dan mengugut bagi mendapatkan kuasa kembali walaupun itu bukan restu dari rakyat.
Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyelar tindakan Perdana Menteri, Najib Razak
dan pemimpin-pemimpin Umno/BN Perak yang menggunakan pelbagai helah dan alasan untuk menyelesaikan isu Perak.
"Najib dan pemimpin-pemimpin Umno/BN lebih suka rakyat Perak hidup dalam keadaan
krisis perlembagaan yang berkecamuk kerana ia akan membuatkan rakyat lupa dengan
masalah kemiskinan, kenaikan harga barang dan kelemahan-kelemahan pentadbiran baru
perdana Menteri," kata Anwar ketika ceramah di Kampong Tok Elong dekat Pananti
baru-baru ini.
"Baru-baru ini Najib kata beliau tidak mahu pakatan Rakayat mengemukan apa-apa
syarat untuk dibuat pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan
isu Perak.
"Kita pimpinan tertinggi pakatan telah pun bermesyuarat dan telah memutuskan kita
tidak mengenakan apa-apa syarat demi untuk mendaulatkan rakyat dan kerajaan Perak.
"Kita juga telah memutuskan pertemuan tersebut hanya akan membincangkan supaya Dun
Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat negeri Perak memilih pemimpin yang akan
menerajui mereka," jelas Anwar.
Menurut Anwar, Najib dan BN tidak akan berubah dengan dasar pembohongan dan daleh
untuk membolehkan mereka meneruskan kuasa.
"Media mereka dipergunakan untuk meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai fitnah
dan propoganda. Lihat sahaja dalam kes Perak ini, dulu Najib kata kita bagi syarat
untuk bincang tapi bila kata kita tak buat apa-apa syarat, dia pula enggan bagi
respon dan seolah-olah kita tak buat apa-apa reaksi.
"Bagi kita dalam Pakatan kita akan tetap dengan pendirian bahawa kita mahukan Dun
Perak dibubar bagi membolehkan rakyat Perak memilih.
"Pakatan bukan parti yang berdolak dalik dengan mencipta seribu alasan sebagaimana
Umno/BN serta amalan pemimpin-pemimpin mereka," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Parmatang Pauh.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata BN hari ini sedang behadapan dengan
fobia pilihanraya yang kronik sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengelak
dari mengadakan pilihanraya.
"Mengapa pemimpin-pemimpin BN terlalu takut dengan pilihanraya?. Sebab mereka tahu
dari maklumat perisikan dan beberapa siri pilihanraya diseluruh negara baru-baru
ini bahawa mood kebangkitan rakyat ketika ini merupakan gelombang yang akan
meruntuhkan kerajaan BN secara mutlak.
"Sebab itu kita lihat bagaimana mereka sanggup membuat kenyataan berbelit-belit,
rampas kuasa secara haram, lantik menteri besar haram, lantik speaker haram dan
akhir sekali menggunakan polis untuk mengangkat keluar speaker yang sah yang
dipilih melalui sokongan rakyat," ujar Anwar.
Dalam majlis ceramah yang turut di sertai Bendahari PAS Pusat, Hatta Ramli dan
Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, Anwar berkata rakyat tidak harus tertipu dengan pelbagai slogan yang dicipta setiap kali pemimpin BN mendapat kuasa.
"Dulu Islam Hadhari sekarang pula 1Malaysia, tapi dasar, sikap dan perangai pemimpin-pemimpin mereka tak pernah berubah. Undang-undang dan peraturan yang dibuat dan dilaksanakan semuanya memihak kepada kepenting parti dan pemimpin-pemimpon mereka bukan untuk menyelamatkan maruah dan ekonomi rakyat.
"Yang mereka tahu fitnah dan mencerca dengan harapan bila rakyat menghina saya maka mereka akan mendapat sokongan rakyat.
"Anak-anak kita yang pergi dengar ceramah BTN ,cerca kita , peguam pun ditangkap,
dalam kehakiman,malah dalam kes Nizar. Dalam kes mahkamah rayuan bukan memenangkan
Zamri Cuma menganguhkan keputusan mahkamah terhadap Nizar sehingga di dengar , namun Najib kata ianya kemenangan Zamri.
Disaat Perdana Menteri Najib Razak sedang berusaha untuk mengalih tumpuan rakyat dari membincangkan soal pilihanraya di Penanti dan isu perlembagaan di Perak dengan meletakkan Virus H1N1 dan isu kenaikan gaji kakitangan kerajaan bawahan sebagai santapan pelarian rakyat,Perhubungan BN Perak sedang berusaha untuk menganalisa sokongan rakyat terhadap kemampuan BN di sana.
Manakala PR di Perak juga melakukan tindakan yang sama dan beberapa pertemuan awal diperingkat tertinggi parti turut mula mengadakan mesyuarat begai membincangkan pilihanraya di Perak.
Petanda ini sekali gus membayangkan bahawa pilihanraya di Perak bakal di adakan tidak lama lagi.
Berdasarkan keputusan mahkamah dan kemelut perundangan di Perak yang telah tersimpul sehingga tidak dapat ditemui jalan keluarnya merupakan antara tekanan kepada BN dan istana Perak untuk segera menyelesaikan krisis yang berlangsung lebih tiga bulan ini di akhiri.
Setelah pelbagai cadangan dari Suhakam, Majlis Peguam, NGO, pakar-pakar perundangan, pimpinan komponan BN dari Gerakan, MCA, MIC dan pelbagai pihak membuat pendirian bahawa jalan penyelesaian terbaik krisis ini adalah melalui pilihanraya.
Najib yang juga sebagai pemimpin tertinggi negara yang mulanya di anggap sebagi hero oleh Umno/BN kerana berjaya bertindak merampas Perak dari Kerajaan Pakatan Rakyat secara haram juga telah merasai bahawa tindakannya selama ini harus ditamatkan.
Kenyataan Najib yang mahu mengadakan pertemuan dengan PR bagi menyelesaikan krisis di Perak boleh dijadikan kayu pengukur setakat ini yang membayangkan bahawa pilihanraya Perak akan berlangsung selepas pilihanraya di Penanti adalah amat cerah.
Selain itu kenyataan Najib yang cuba memancing rakyat dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan juga di lihat sebagai satu usaha yang turut membayangkan kemungkinan pilihanraya dalam masa terdekat ini.
Begitu juga dengan keputusan yang dibuat di Mahkamah tinggi pada 11 Mei lalu yang memutuskan Nizar adalah MB Perak yang sah juga membuka laluan kepada perlunya pembubaran Dun ekoran kenyataan Nizar yang mahu mengadap istana Perak bagi membubarkan Dun di lakukan.
Walaupun keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Ramly Ali yang membuat keputusan bagi penangguhan keputusan mahkamah tinggi ke atas Nizar namun tiada jaminan kukuh untuk Zambry memenangi kes rayuan tersebut apabila di putuskan oleh mahkamah rayuan nanti.
Hakikatnya Zambry dan Najib juga sedang berhadapan dengan malu yang besar ekoran melantik MB Perak yang haram selama ini. Tindakan Zambry yang memasuki bangunan Perak Darul Ridwan selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuannya juga membayangkan Zambry seorang yang gila dan rakuskan kuasa sedangkan Nizar bersikap terbuka dan gentleman dengan mengosongkan bangunan SUK selepas menerima keputusan mahkamah.
Kenyataan Zambry kepada media selepas tiba di bangunan Suk pada 12 Mei lalu untuk segera meluluskan peruntukan bagi membina dan membesarkan lapangan terbang Ipoh juga di lihat sebagai seorang pemimpin yang sanggup menggunakan wang rakyat untuk kepenting politik beliau walaupun beliau bukan seorang MB yang sah.
Dalam erti kata lain, apa sahaja yang dilakukan oleh Zambry serta Najib berhubung isu Perak semuanya memakan diri sendiri. Selagi dibiarkan krisis perlembagaan di Perak berlarutan selagi teruk imej Najib tercalar. Perak merupakan negeri yang dirampas oleh Najib dan setelah menjadi PM, kemelut demi kemelut yang melanda Perak secara terus menerus memberi imej negetif rakyat terhadap kepimpinan beliau. Hakikatnya Perak adalah negeri PR yang mendapat mandat rakyat selepas PRU, pada Mac 2008 lalu.
BN boleh melebel Perak yang ada dalam gengaman PR dengan apa lebel sekalipun. realitinya PR yang diwakili PAS, DAP dan PKR masih kukuh berdiri sehingga ia direntap dengan penuh ganas oleh tangan-tangan yang buas dan rakus dari pemimpin2 BN.
Pemimpin-pemimpin BN seharusnya sedar bahawa hak mutlak dan takdir tidak adapat diubah dengan ketamakan kuasa. Ia hanya dapat diubah oleh doa orang yang soleh dan bertaqwa. Allah juga selalu berserta orang-orang yang bersabar dan Allah lebih mendahulukan doa mereka yang teraniaya sekalipun mereka itu bukan orang mukmin.
Pengerusi DAP Perak, Ngeh koo Ham menyifatkan tindakan Adun Pangkor, Zambry Kadir yang mengakui bahawa beliau sebagai Menteri Besar adalah satu tindakan yang menghina mahkamah serta suatu tindakan yang bersifat penipuan terhadap rakyat.
Menurut Ngeh, Zambry tidak boleh mengakui beliau sebagai Menteri Besar selagi Mahkamah Rayuan tidak membuat sebarang keputusan mengenai status penjawat Menteri Besar.
“Zambery tidak sepatutnya boleh melakukan perkara ini kerana perintah pembekuan yang diperolehi Zambry bukan bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan,” kata Ngeh kepada Media.
Pada 12 Mei lalu, Zambry telah berjaya mendapatkan kebenarakan dari Hakim Mahkamah Rayuan, Ramly Mohd Ali untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat sehari sebelum itu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Namun Zambery bertindak memasuki Pejabat Menteri Besar setelah Nizar membuat keputusan untuk menghormati keputusan mahkamah Rayuan dan meninggalkan perkarangan bangunan pentadbiran negeri Perak sejurus selepas mahkamah tersebut membuat keputusan.
Mengulas perkara berkenaan,Ngeh berkata tindakan Zambry memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan memberi gambaran palsu kepada rakyat seolah-olah beliau telah memenangi kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
"Ini merupakan penipuan yang memalukan oleh Zambery dan media milik kerajaan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak benar," katanya.
Menurut Ngeh lagi, perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hanyalah hanya meminta Nizar tidak menggunakan haknya sebagai mana yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi sehingga kes beliau didengar di mahkamah yang lebih tinggi.
“Jadi statusnya sekarang, Nizar masih Menteri Besar yang sah dan Zambry yang haram tetapi tidak seorang daripada mereka dibenarkan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar buat masa ini kerana keputusannya akan ditentukan selapas keputusan sebenar dari Mahkamah Rayuan nanti,” katanya lagi.
Ngeh juga menimbulkan persolan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kerana Seksyen 54 Akta Relief Khas melarang mahkamah memberi injunksi sekiranya ia menjejaskan tanggungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyat.
Seksyen 54(d) menyatakan: “Injunksi tidak boleh diberi untuk menjejaskan tanggungjawab mana-mana jabatan Kerajaan Malaysia atau tindakan sebuah kerajaan asing.”
“Maka perintah pembekuan itu boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk injunksi,” hujah Ngeh yang dilaporkan media.
Ngeh berkata oleh kerana Zambry tidak boleh menjalankan tugas Menteri Besar beliau juga tidak mempunyai hak untuk membatalkan keputusan penggantungan Setiusaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Ahmad Kamal Md Shahid.
Ngeh juga menyanggah kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengatakan kedua-dua penjawat awam tersebut tidak boleh digantung tugas.
“Kedua-dua mereka adalah pegawai persekutuan yang masing-masing dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Kehakiman dan Perkhidmatan Perundangan.
“Walau bagaimanapun apabila mereka dipinjamkan and digajikan oleh kerajaan negeri maka kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mereka sebagai majikan.
KETUA UMUM KeADILan Anwar Ibrahim menafikan pernah menawarkan sebarang jawatan kepada Menteri Luar Anifah Aman untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton di Washington semalam, Anifah berkata bahawa Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau sekiranya menyertai Pakatan Rakyat September tahun lepas.
Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis tidak mempunyai jawatan ketika itu kerana beliau menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan di bawah kabinet Abdullah Badawi. Perdana Menteri baru, Najib Razak bagaimanapun mengangkat beliau sebagai mengteri penuh.
Menurut Anwar, beliau tidak terperanjat dengan kenyataan seumpama itu, kerana itu adalah kebiasaan bagi sesiapa yang baru dinaikkan pangkat.
"Biasalah, orang yang diam, bila naik pangkat dia bersuara. Sebelum ini dalam parlimen, dia (Anifah) hanya diam dalam Parlimen, tidak pernah membawa sebarang isu besar. Begitu juga, sepatutnya sebagai menteri, dia bawa isu-isu besar di Washington," kata Anwar kepada Suara Keadilan.
Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 14 Mei lalu secara terbuka bersedia bertemu Perdana Menteri, Najib Razak untuk memperkukuh demokrasi dan mengembalikan kedaulatan negeri Perak kepada rakyat negeri tersebut.
Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim dalam sidang media sejurus selepas tamat menyuarat tersebut berkata tujuan pertemuan tersebut bagi memastikan mandat rakyat Perak yang sah dikembalikan kepada rakyat secara terhormat.
"Pertemuan ini bukan untuk membincangkan sebarang bentuk kerjasama dengan BN tetapi semata-mata untuk membincangkan jalan penyelesaian berhubung kemelut perlembagaan Perak yang semakin rumit.
"Kita mengambil pendekatan ini setelah merasakan BN telah menjadikan isu perlembagaan ini menjadi bertambah rumit dan kalau dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan rakyat di negeri tersebut tidak akan dapat menfaat serta pembangunan yang sewajarnya," jelas Anwar.
Menurut Anwar, Perak harus diserahkan kepada rakyat untuk memilih pemimpin bagi menerajui negeri tersebut.
"Bukan kita sahaja membuat saranan supaya di adakan pilihanraya malah Suhakam, Majlis Peguam, NGO, beberapa pimpinan komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, para cendikiawan serta pengamal undang-undang juga menggesa supaya pilihanraya merupakan jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis di Perak," kata Anwar lagi.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata Media Perdana samaada media eletronik dan media cetak yang dikuasai BN telah melaporkan banyak berita-berita yang yang menyeleweng dari keputusan sebenar di mahkamah baru-baru ini.
"Media perdana melaporkan seolah-olah menteri Besar Perak adalah Zambery sedangkan Mahkamah Tinggi telah memutuskan secara sah bahawa Nizar adalah menteri besar.
"Pelbagai penyelewengan inilah yang akan kita perbetulkan dalam pertemuan ini supaya kemelut Perak tidak diributkan lagi oleh pihak media perdana yang tidak bertanggungjawab itu," jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh
Dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata pertemuan dengan perdana Menteri itu akan dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin tertinggi komponen Pakatan rakyat.
"PR lebih melihat kepada kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan parti, maka tiada ada syarat yang perlu ditakuti oleh Najib kerana PR sentiasa bersikap terbuka dan kita tidak mengenakan sebarang syarat dalam menangani isu Perak.
"Kita melihat penyelesaian isu perak tidak harus dibuat oleh sebelah pihak, ia harus diselesaikan oleh semua pihak.
"Kita mengambil pendekatan bertemua ini setelah memikirkan bahawa penyelesaian ini perlu diselesaikan oleh pihak kita juga kerana kita melihat BN tidak mempunyai agenda khusus untuk menyelesaikannya," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula pula menjelaskan pertemuan itu semata-mata untuk menyelesaikan krisis Perak tetapi juga telah memalukan imej negara dimata dunia.
"Pelanggaran ketiga-tiga instituasi perlembagaan antara Kuasa Legistatif, Eksekutif dan Perundangan negara telah mengheret Perak kepada krisis perlembagaan malah negara Malaysia secara keseluruhannya telah mengakibatkan kancah politik negara yang tidak stabil.
Ketika saya dan seorang wartawan dari Pulau Pinang mengunjungi Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh pada pertengahan February lalu, Nizar memberitahu bahawa krisis Perak didalangi oleh seorang individu yang menguasai salah sebuah agensi berita di negara ini.
Nizar juga memaklumkan individu ini di kenali oleh pihak istana sebagai 'Mat Kemian'. Lalu Nizar juga memanggil individu ini sebagai 'Mat Kemian' dalam perbualan kami. Menurut Nizar lagi beliau juga telah memaklumkan kepada Raja Muda berhubung pelbagai konspirasi yang didalangi oleh Mat Kemian untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakayat. Tapi menurut Nizar, Raja Muda hanya tersenyum sahaja mendengar hujah beliau tersebut.
Mat Kemian ini kononnya kata Nizar telah lama menjalin hubungan dengan pihak istana Perak. Mat Kemian ni juga kononnya pernah jadi Think Tank BN dalam hal-hal propoganda media dan urusan-urusan politik.
Saya tidak terkejut apabila ketika ucapan Raja Muda di Dun Perak baru-baru ini, Bernama terlebih dahulu mengeluarkan titak ucapan baginda di medianya.
Mat Kemian ni memang ada banyak projek yang diperolehi dari kerajaan BN termasuk di Perak jadi tak mengejudkanlah sekiranya begaimana usaha berpatah arang berkerat rotan yang dilakukan beliau untuk menjayakan rampasan kuasa atau membenarkan pihak istana untuk mengadakan pilikanraya di Perak.
Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Ramly Ali yang membenarkan permohonan Zambery Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu yang mengistiharkan Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah merupakan suatu kesilapan yang membelakangi prosidur perundangan.
Menurut Peguam Zulkifli Nordin, keputusan yang dibuat Ramly bertentangan dengan peruntukan Perkara 13 Kaedah Mahkamah Rayuan yang menyatakan "Sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman"
"Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu 'keadaan istimewa' dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).
"Dalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.Jadi tidak timbul keadaan istimewa.
"Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak ketiadaan Menteri Besar sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.
Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dalam blog beliau zul4nordin.blogspot.com berkata keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hanyalah berhubung status Zambery yang tidak lagi menjadi Menteri Besar.
"Ini bukan 'keadaan Istimewa' kerana penguatkuasaan hanya menyuruh Zmbery mengosongkan pejabat dan kediaman Rasmi Menteri Besar.
"Apa yang saya nampak kes ini menjadi keistimewaan hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi Menteri Besar di Perak.Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut," sinis beliau.
Katanya, "lebih menghairankan apabila bagaimana Hakim Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes itu iaitu Aziz Abdul Rahim telah memutuskan sebaliknya.
"Saya juga hairan bagaimana Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860)," jelas Zulkifli dalam blognya.
Menurut Zulkifli yang pernah menjadi Peguam dalam beberapa kes berprofail tinggi termasuk kes yang melibatkan penganiayaan ke atas Anwar Ibrahim berkata permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu hakim Aziz Abdul Rahim. Malahan Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.
"Inilah yang telah dilakukan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Anwar Ibrahim berhubung isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.
"Bagaimana mungkin Hakim Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum Hakim mahkamah tinggi, Aziz Abdul Rahim mendengar dan membicarakannya?.
"Saya khuatir keputusan Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini," kata Zulkifli lagi.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-26426343156819309652009-05-15T04:32:00.001-07:002009-05-15T04:32:49.331-07:00Zambery buat rayuan kerana takut pilihanraya - NizarMenteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaludin berkata tindakan Zambery Kadir mengemukan fail dimahkamah Rayuan tanpa melalui prosidur yang betul semata-mata bagi memastikan tidak ada pembubaran Dun Perak berlaku.
"BN Perak sememangnya takut untuk diadakan pilihanraya kecil di Perak kerana masalah dalamana dan kepimpinan mereka di semua peringkat sedang berada dalam keadaan kucar kacir.
"Mereka juga semakin bimbang dengan prestasi mereka di Perak ekoran beberapa petunjuk dari pilihanraya di Bukit Gantang dan beberapa siri pilihanraya kecil lain yang semuanya memihak kepada Pakatan Rakyat," kata Nizar ketika di temui selepas sidang media Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada 14 Mei lalu.
Menurut Nizar, tindakan mahkamah rayuan yang mengambil tindakan serta merta tanpa di rujuk kepada keputusan mahkamah Tinggi telah meletakkan krisis perlembagaan di Perak bertambah rumit dan mengelirukan rakyat.
"Dalam keadaan sekarang Zambery dan BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tidak berlaku pembubaran Dun ataupun pilihanraya di Perak.
"Pilihanraya merupakan satu bela bencana kepada survival politik BN kerana berdasarkan maklumat perisikkan dan culaan yang dilakukan mendapati BN akan mengalami kekalahan teruk apabila pilihanraya kecil di adakan.
Ini di sebabkan rakyat bukan sahaja telah celik maklumat malah rakyat juga sedikit sebanyak telah memahami masalah perundangan akibat dari krisis yang dihadapi sekarang.
"Media-media Pakatan Rakyat yang banyak memberi maklumat berhubung isu perlembagaan serta kris yang melanda Perak telah membuka mata rakyat untuk menolak Umno/BN sekiranya berlaku pilihanraya. Inilah antara rentetan yang menakutkan pemimpin-pemimpin BN sehingga mereka akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan dalam pilihanraya kecil," ujar Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang.
Ditanya mengenai tindakan Zambery mengemukakan rayuan tersebut Nizar berkata beliau sentiasa menghormati apa jua tindakan yang berlandaskan kepada perundangan negara.
"Tetapi tindakan Zambery dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang cuba menghalang dari memberi ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan memilih pemimpin mereka yang sah merupakan suatu jenayah politik yang tidak boleh di maafkan oleh rakyat.
"Saya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum BN di Perak kerana apa yang telah kerajaan Pakatan lakukan untuk mengembalikannya kepada rakyat telah dilakukan dengan pelbagai cara yang dibenarkan oleh perlembagaan.
"Kita akan tetap mendahulukan kepentingan rakyat walaupun secara individu kami diperlakukan dengan pelbagai rintangan dan halangan," ujar Nizar lagi.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-64533458662861149982009-05-14T05:09:00.000-07:002009-05-14T07:13:43.855-07:00Sejauh mana Najib mahu selesaikan krisis PerakPada tanggal 4 Februarilalu, Najib yang baru dilantik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik Najib sebagai Pengerusi BN Perak ekoran kegagalan Pengerusi sebelumnya Tajol Rosli Ghazali mengawal perpecahan Umno Perak.
Tindakan Adun Bota, Nasaruddin Tajuddin yang keluar dari Umno dan menyertai Pakatan Rakyat memberi pukulan yang memalukan Umno Perak khususnya kepimpinan Tajol Rosli. Najib yang mengambil alih pengerusi BN Perak mula memancing beberapa adun-Adun dari Pakatan yang mempunyai masalah. Mereka adalah Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Ekoran itu S Sivakumar yang merupakan Speaker Dun Perak telah menerima surat perletakjan jawatan ketiga-tiga adun tersebut. Sivakumar kemudiannya mengistiharkan tiga kerusi di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong ekoran perletakan jawatan tersebut. Suatu permohonan untuk diadakan pilihanraya kecil di tiga Dun tersebut telah dibuat kepada SPR oleh Sivakumar.
Dalam situasi yang sama Menteri Besar PR, Nizar Jamaludin telah mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan untuk membubarkan di tiga Dun tersebut. Selepas berlaku beberapa episod menggertak, mengugut, menculik dan sogokan yang diketuai Najib akhirnya ketiga-tiga Adun PR yang bermasalah ini mengistiharkan mereka sebagai calon Bebas.
Dalam masa yang sama Najib juga turut mengadap Sultan Perak bagi membentuk kerajaan BN di Perak dengan alasan ketiga-tiga calon bebas tersebut menyokong BN.
Sultan Azlan kemudiannya mengistiharkan Zambery Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Maka berjayalah matlamat Najib untuk merampas kerajaan PR di Perak. Lalu Njib yangsedang berada dalam proses peralihan kuasa dengan Abdullah dianggap oleh pemimpin Umno sebagi seorang wira kepada berjaya merampas Perak.
Kini kemelut perundangan di Perak menjadi semakin rumit dan telah tiba diperingkat simpulan yang semakin tidak ketahuan jalan penyelesaiannya.
Pada Petang tadi jam 3.45 petang bertempat di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Najib bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan di Negeri yang pernah menjadi negeri pengeluar bijih timah terbesar di dunia itu.
Sejurus selepas mesyuarat pimpinan tertinggi PR yang dihadiri Anwar Ibrahim, Us Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti telah memutuskan bahawa pertemuan dengan Najib bukan berdasarkan pertemuan untuk membincangkan persoalan penyatuan tetapi untuk menyelesaikan kemelut di Perak.
Menurut Anwar, Perak harus diserahkan kepada rakyat untuk memilih pemimpin bagi menerajui negeri tersebut.Kata Anwar bukan sahaja PR sahaja menyerankan supaya di adakan pilihanraya malah Suhakam, Majlis Peguam, NGO, beberapa pimpinan komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, para cendikiawan serta pengamal undang-undang juga menggesa supaya pilihanraya merupakan jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis di Perak.
Us Hadi pula menyatakan bahawa perbincangan tanpa dikenakan apa-apa syarat tersebut akan dihadiri ketiga-tiga pemimpin tertinggi PR dengan Najib nanti. Menurut Hadi PR lebih melihat kepada kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan parti, maka tiada ada syarat yang perlu ditakuti oleh Najib kerana PR sentiasa bersikap terbuka dalam menangani isu Perak.
Manakala Lim pula menjelaskan pertemuan itu semata-mata untuk menyelesaikan krisis yang telah memalukan imej negara dimata dunia. Pelanggaran ketiga-tiga instituasi perlembagaan antara Kuasa Legistatif, Eksekutif dan Perundangan negara telah mengheret negara ini sebaris dengan negara-negara di Afrika.
Persoalannya mampukan Najib untuk menyelesaikan krisis Perak dengan mengadakan pilihanraya kecil di Perak sedangkan beberapa siri pilihanraya di Pereak serta beberapa lagi semuanya memihak kepada PR kecuali di Batang Ai.
Kekalahan demi kekalahan secara hakikinya memberikan imej kepada kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara yang tidak mendapat mandat rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Apakah Perak akan di pertaruh untuk mengembalikan imej Najib dimata rakyat hatta dunia.
Menurut Nizar yang turut menghadiri sidang media tersebut berkata tindakan Zambery serta Mahkamah rayuan segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi merupakan suatu pelanggaran prosiding mahkamah bagi menghalang beliau mengadap Sultan Perak bagi membubarkan Dun Perak.
Keputusan Zambery adalah keputusan Najib kerana Najib merupakan bos Zambery. Membiarkan Perak ditawan PR sama ertinya menjatuhkan maruah dan air muka Najib yang telah merampasnya dari PR.
Apakah lagi helah yang akan digunakan Najib untuk menyelamatkan Perak dari pembubaran Dun. Kenyataan Najib bahawa hanya Sultan Perak yang boleh menentukan pembubaran Dun dan diadakan pilihanraya bukannya kerajaan meletakkan beliau semakin terhimpit oleh agenda yang dirancang dan dibina atas keperitan dan hak rakyat.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-22866353278527617212009-05-10T02:35:00.000-07:002009-05-10T02:36:54.024-07:00Kami di pukul, dikasari kata-kata kesat dalam Dun - Chang Lih Kang"Saya diheret macam binatang oleh empat orang yang bukan berpakaian preman polis, kepala saya di tekan kelantai dan tangan saya dikilas kebelakang.
"Saya seorang ahli Dewan Undangan negeri dan saya diperlakukan ketika saya berada dalam dewan dimana tempat saya seharusnya berada dan merupakan tempat persidangan wakil-wakil rakyat. Mengapa Polis dan mereka yang tidak dikenali pula harus masuk campur," kata Adun Teja, Chang Lih Kang apabila mengulas insiden yang belaku ketika sidang Dun Perak, 7 Mei lalu.
Menurut Chang, sebelum berlaku insiden yang menyebabkan pihak polis masuk ke dewan, Speaker Dewan, S Sivakumar mengarahkan sepuluh adun BN termasuk Zamri Abdul Kadir serta tiga Adun bebas keluar dari dewan disebabkan mereka masih lagi digantung dari menyertai persidang Dun.
"Semua Dun BN itu berkumpul di suatu sudut dan cuba melantik Speaker baru di saat Sivakumar masih lagi berada di atas kerusi speaker dalam dewan.
"Apabila kami Adun dari Pakatan mempertikaikan tindakan mereka, mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan perkataan yang tidak seharusnya dikeluarkan dari mulut seorang wakil rakyat.
"Mereka kemudiannya engarahkan polis yang ada diluar dewan untuk masuk sedangkan yang berkuasa dalam mengeluarkan arahan adalah Speaker dewan bukannya Adun.
"Kemudian polis datang dan mengusir kami Adun dari Pakatan termasuk Speaker. Saya memberitahu pihak polis di atas peruntukan manakah yang digunakan oleh mereka untuk mengusir kami.
"Tapi pihak polis tidak mengendahkan kenyataan kami walaupun ramai dari adun pakatan rakyat adalah terdiri dari para peguam yang amat mahir dalam persoalan perundangan," jelas wakil Keadilan itu lagi.
Menurut Chang, beliau dan beberapa Adun Pakatan cuba menghalang pihak polis dan orang yang berpakaian biasa dari mengusir Sivakumar namun tangan beliau di kilas kebelakang.
"Melihat keadaan tersebut saya, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Pasir Panji, Thomos Su dan Adun Bedamar, Seah Leong Peng cuba menghalang polis dan beberapa orang yang bukan berpakaian reman dari mengerumuni Speaker, S Sivakumar.
"Saya ditolak hingga hampir rebah oleh mereka yang berpakaian biasa malah kami tidak tahu siapa kah mereka. Saya ingat mereka ini samseng yang pernah menghalang Adun Pakatan memasuki dewan semasa 3 Mac lalu sehingga kita terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.
"Kemudian beberapa orang dari mereka memegang dan mengilas tangan saya ke belakang, ini amat menyakitkan. Saya bertanya mereka siapa mereka dan mengapa mereka masuk kedalam dewan sedangkan mereka tidak seharusnya berada adalam dewan.
"Mereka tidak menjawab pertangayaan saya sebaliknya saya direbahkan kelantai dan kepala saya di tekan kebawah lantai dengan cukup ganas dan kasar.
"Ketika saya dijatuhkan kelantai pinggang saya merasa amat sakit dan setelah terjatuh kelantai saya terlihat sebuah pasu bunga yang ada dalam dewan disebelah saya telah pecah dan barulah saya menyedari bahawa kesakitan yang saya alami di pinggang itu rupa-rupanya disebabkan saya telah terlanggar pasu tersebut. Kesan calar tersebut masih ada di belakang saya dan kesakitannya masih terasa hingga saat ini," Jelas Chang ketika di hubungi pada 9 Mei lalu.
Kata Chang lagi beliau amat kesal kerana pihak polis telah bertindak memihak kepada BN walaupun BN ternyata tidak mematuhi dewan serta melanggar arahan Speaker.
"Polis merupakan sebahagian dari konspirasi yang membantu BN merampas kuasa di Perak. Ini adalah agenda terancang yang semata-mata bagi menghalalkan cara BN sedangkan polis seharusnya tidak menyalahguna kuasa mereka,"kata Chang lagiMat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-69188732179433770952008-11-19T19:25:00.000-08:002008-11-19T19:26:40.277-08:00Kes berprofail tinggi tapi tiada rayuan kes RazakTindakan Peguam negara tidak memfailkan sebarang Rayuan terhadap terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Penganalisa Politik, Abdul Razak Baginda yang di tuduh membunuh wanita Monggolia, Altantuya Sahhribuu amat dikesali.
Ahli Parlimen Pucong, Gobind Singh Deo berkata adalah sesuatu yang sangat pelik apabila kes berprofail tinggi seperti kes pembunuhan yang melibatkan bahan letupan C4 seperti ini tetapi tidak dibuat rayuan oleh Peguam Negera yang bertindak sebagai pendakwaraya.
"Kes Razak adalah kes 302 kanun kesiksaan merupakan kes berat yang boleh membawa hukuman mati kalau disabitkan kesalahan tetapi seolah-oleh dianggap tidak penting oleh Gani Patail dan pejabat peguam negara" kata Gobind
"Ini adalah tindakan yang paling aneh dan paling tidak profesional yang telah ditunjukkan oleh Peguam negara, pihak pendakwaraya dan juga badan perundangan negara" Kata Gobind yang juga merupakan seorang peguam.
Menurut Gobind ketika pendakwaan mula dibuat ke atas Razak, pihak pendakwaraya telah mengemukan hujah dan fakta yang sangat berat ke atas penganalisa politik tersebut tetapi apabila tiba di penghujung kes, Peguam negara telah bertindak menukar pendirian pula.
Kata Gobind, pembebasan Razak telah diberi tafsiran oleh pihak peguam negara seolah-olah kes yang membabitkan Razak telah selesai tanpa dibuat susulan yang berupa rayuan sebagaimana apa yang telah dilakukan dalam beribu-ribu kes sebelum ini.
"Mustahil Peguam negara tidak menyedari bahawa kes Pembunuhan Altantuya adalah kes yang menjadi perhatian dunia serta akan memberi imej yang buruk kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan baik dan beretika"
" Ini adalah mengabaikan tanggungjawab yang akan memberi implikasi yang besar mengenai pandangan dunia terhadap instituasi keadilan negara apabila kes ini tidak dibuat rayuan" jelas Gobind yang merupakan anak kepada Peguam Pemerhati keluarga Altantuya, Karpal Singh.
katanya, apabila AG tidak membuat rayuan ia akan memberikan persepsi bahawa kes tersebut bukan kes yang besar dan tidak harus diberi perhatian sedangkan kes Pembunuhan Altantuya adalah kes yang diberi keutamaan khusus.
" Kes pembunuhan ini amat serius kerana itu kerajaan sendiri telah memberi keutamaan supaya kes pembicaraan dijalankan secepat mungkin tanpa melengahkannya dan dijalankan setiap hari sejak dua tahun lalu" ujar Gobind.
"Kami para peguam yang telah lama dalam bidang perundangan kesal kerana Peguam Negara tidak memberikan sebarang alasan berhubung tindakan berdiam diri untuk tidak membuat rayuan berhubung pembebasan Razak"
" Ini adalah antara kes paling pelik di dunia dan akan menjadi sejarah pada perundangan negara kita" sinis Gobind.
Menurut Gobind lagi, bapa beliau yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga wanita mangsa bunuh tersebut telah menyerahkan surat dari bapa Altantuya, Dr Shariibuu Setev kepada peguam negara supaya mengemukakan rayuan berhubung pembebasan Razak.
SETELAH mengambil jalan berputih mata dari bertanding mengekalkan jawatan sebagai Presiden Umno Mac 2009 nanti kini Abdullah boleh terus melelapkan mata dari menerima apa-apa tekanan dari dalam atau luar Umno.
Masa lebih kurang 5 bulan ini ( hingga Mac 2009). Abdullah akan menjadi Perdana Menteri yang secara tabienya boleh buat kerja makan dan tidor. Abdullah telah hilang segala taringnya, justeru hanya gigi yang tinggal itu bolehlah digunakan untuk mengunyah bahan makanan bagi mengalas perut.
Maka Abdullah tidak lagi boleh makan makanan berdaging kerana gigi taringnya telah di cabutnya sendiri. Begitu juga dengan tidurnya. Abdullah kini sudah boleh tidur nyenyak dan bangun dini hari kerana tak perlu lagi tergopoh gapah untuk ke majlis-majlis tertentu.
Kalau dulu masa belum kawin dengan Jeanne, kakitangan di putrajaya terpaksa menunggu lama baru Abdullah menjelma untuk berucap di perhimpunan mingguan di JPM. Lepas kawin pula Abdullah kelihatan lesu dan kurang bermaya di sebabkan terpaksa bangun lebih awal kerana masa tidor dan bangun Abdullah di tentukan oleh isterinya.
Namun kini semuanya telah berbeza, walaupun Abdullah masih bergelar Perdana Menteri tetapi dia tidak layak lagi bercakap pada media kerana apa yang akan di cakapnya sudah tidak memberi manfaat pada Negara maupun rakyat.
Begitu juga untuk berjumpa orang kenamaan dari luar Negara. Abdullah tak perlu lagi ‘menyibuk’ kerana tak akan ada pelabur yang akan yakin dan percaya padanya lagi.
Bagi rakyat itu semua tak jadi halangan. Sebagai manusia Abdullah berhak menikmati pelbagai rahmat yng di angugerah tuhan kepada hambaNya.
Namun apa yang mungkin di pertikai rakyat adalah wang rakyat yang diberi kepada Abdullah yang masih memegang jawatan sebagai perdana menteri. Wang berupa gaji, elaun, kenderaan, lawatan dan pelbagai tip keistimewaan yang di terima oleh Abdullah adalah hak rakyat.
Apa guna ada PM sekiranya jawatan tersebut tidak memberi makna dan manfaat kepada Negara dan rakyat?. Rakyat berada di persimpangan berhubung kedudukan Abdullah sekarang.
Walaupun kini Abdullah menjadi Quran buruk pada Umno, namun rakyat tak ambil kisah kerana kedudukan ini tidak melibatkan sangat wang rakyat.
Tetapi rakyat akan membuka mata dan melihat Abdullah seperti bangkai bernyawa kerana selama 5 bulan ini jasad Abdullah tidak dapat di kuburkan kerana dianggap masih bernyawa Perdana Menteri. Dalam masa yang sama berapakah wang yang akan disalurkan kepada Abdullah untuk menanggung jawatan yang ‘tidak berkuasa’ ini.
Ini tidak termasuk kesan-kesan besar lain yang akan dihadapi Negara ekoran jawatan Abdullah yang ‘tidak berkuasa’ tetapi masih bergelar PM ini. Kemelut ekonomi dunia yang sedang melanda seluruh dunia secara hakiki dan tabienya memerlukan perhatian pemimpin Negara untuk merancang dan mengatur dasar-dasar yang akan menyelamatkan masa depan Negara.
Dalam konteks ini Malaysia sebenarnya memerlukan lebih perhatian berbanding Negara lain di dunia ekoran masalah ekonomi yang hadapi oleh Amerika. Ini di sebabkan Malaysia merupakan Negara ketiga terbesar terlibat dalam sector pengespotan dengan Negara kuasa besar dunia itu. Maka sudah tentulah perhatian yang lebih perlu diberikan oleh pemimpin Negara untuk mencari jalan atau membentuk dasar baru supaya keadaan dapat dikawal sebelum berlaku lebih teruk.
Dalam konteks politik pula, apabila Negara berada dalam situasi ini Negara luar akan menganggap Malaysia sedang berhadapan dengan konflik politik yang yang paling kronik kerana PM sudah tidak mempunyai kuasa pemutus dan kuasa pembatal. Negara ini akan di pinggirkan dari segala agenda yang memerlukan penglibatan pemimpin tertinggi Negara.
Kesan kepada persepsi dunia terhadap Malaysia dalam konteks ketidakstabilan politik akan memakan masa bertahun-tahun lamanya walaupun proses peralihan kuasa telah tercapai. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kemalapan pelaburan luar ke Negara ini dalam jangka masa yang lama.
Memandangkan jawatan PM memberi makna yang besar dan banyak memberi signifikan kepada pelbagai disiplin kepimpinan dan kenegaraan maka tindakan Abdullah membuat pengumuman semalam meninggalkan risiko yang besar pada negara.
Walaupun Abdullah berhak menarik diri dari mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno namun pertimbangan berhubung imej Negara harus di intai dari perspektif yang mendalam. Tindakan dayus Abdullah sekadar memberikan gambaran bahawa beliau adalah pemimpin yang lemah. Abdullah boleh mengambil sikap berkecil hati dengan orang-orang Umno untuk beberapa waktu. ‘Kerugiannya’ hanyalah Abdullah, anak, menantu dan kroni-kroninya sahaja.
Namun pada negara, jersi PM yang di sarung Abdullah selama ini meninggalkan impak yang besar kerana beliau mencerminkan wajah Malaysia kepada dunia. Tindakan menarik diri Abdullah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bernakhoda tanpa tauliah. Abdullah menjadi lebih bermaruah di mata rakyat dan di pandang dunia sebagai pemimpin yang cekal dan bermaruah sekiranya memilih untuk mempertahankan jawatan. Menang atau kalah adalah adat pertembungan. Pepatah melayu berkata berpantang mati sebelum ajal. Namun Abdullah melilih ajal dahulu sebelum mati.
Kesan dari tindakan Abdullah ini akan menyebabkan Umno akan menjadi lebih parah dan berpecah. Najib bukan calun sebenar kerana petriotisme Najib terhadap nasib orang melayu hanya memimjam ketokohan arwah bapa beliau. Walhal realitinya hanya momokan media.
Berpuluh-puluh angka dan bilangan sedang di senaraikan untuk di hidangkan untuk tatapan rakyat berhubung kes Najib dalam beberapa ketika nanti. Berdasarkan realiti politik sebenar, legasi Abdullah melebihi aura ketokohan Najib namun semua itu gagal di manfaatkan Abdullah kerana anak pinak dan harta dunia mengabui mata hati anak ulama tersebut.
Kini segalanya telah menjadi bubur. Abdullah bangga dengan pendiriannya yang disifat tindakan dayus tersebut sebagai usaha menyelamatkan Umno. Abdullah mendakwa membakar dirinya untuk menyelamatkan Umno. namun banyak hal yang Abdullah tidak sedar bahawa beliau adalah pemimpin negara yang paling di kesali rakyat.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-63642728428967430132008-09-17T03:48:00.000-07:002008-09-17T03:59:13.067-07:00Abdullah mungkin tangkap Anwar?Utusan dalam berita 4.50 petang tadi melaporkan Abdullah mengistiharkan Anwar sebagai pengancam ekonomi dan keselamatan negara sejurus beberapa jam selepas Abdullah dan timbalannya melakukan urusan tukar jawatan suka-sama-suka sebagai Menteri Pertahanan dan menteri kewangan 1.
Kini semua tentera telah berada di bawah bidang kuasa Abdullah. apakah akan berlaku pengistiharan dharurat sejurus selepas Anwar di tangkap di bawah ISA bagi menghalang kebangkitan rakyat???????.
Saya terima banyak sms yang membuat pelbagai spekulasi berhubung tindakan Abdullah mengambil alih menteri Pertahanan dan kenyataan beliau di putrajaya hari ini.
Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana untuk menyelamatkan diri dan masa depan politik seseorang akan lakukan apa saja termasuk menganiaya, menzalimi dan ada yang sanggup membunuh......
Andai ini berlaku ... apa tindakan anda ?????Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-50707378753351043042008-09-17T00:37:00.000-07:002008-09-17T02:41:13.044-07:00Apa dah jadi Abdullah .. akui lah realiti sebenarApa nak jadi ni Dolah ni, dia buat negara ni macam hak bapak dia ka. ... main tukar suka sama suka dengan Najib. ....... dah sah, tak esok, lusa .... inilah antara puluhan sms yang saya terima dari rakan-rakan dan para wartawan seperjuangan.
Selepas tamat majlis sambutan Hari Malaysia yang disambut di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September lalu yang turut di hadiri Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Guan Eng, Kamrudin Jaafar, Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Dr Hatta Ramli dan ramai pimpinan PKR, PAS dan DAP.
Saya bersama wartawan Hafiz Junior singgah sekejap di restoran tepi Tasik Shah Alam untuk membasahkan tekak lagi pun kenderaan penuh sesak, biarlah kenderaan berkurang sikit barulah balik bisik hati kecil saya. Lalu kami singgah di restoran tersebut.
Masa tu lebih kurang 11.40 malam. Skrin besar di restoran tersebut menayangkan program di RTM 1. yang menyiarkan Ketua Turus Angkatan Tentera, sedang ke udara. Tiba-tiba seorang pengunjung restoran itu memberitahu kakak tuan restoran itu supaya menguatkan sedikit audio pada skrin besar itu.
.... hmmm cerita tentera dapat kursus ke, ingat tentera dah nak suruh pak lah serah negara pada Anwar. kata pengunjung yang menyuruh audio dikuatkan tadi. Tersenyum saya pada pengunjung tersebut yang kebetulan melintasi meja makan saya. Saya cuba meneliti butir cerita yang cuba di sampaikan oleh Ketua turus Angkatan tentera itu.
Saya bertanya pada Hafiz,... apa yang U fikir tentang cerita dalam tv tu. Hafiz kata bonos setahun gaji untuk tentera. Tersedak saya seketika mendengar jawapan dari Hafiz yang memberi tafsiran dari kenyataan pegawai tertinggi tentera itu. Dalam kenyataan itu Pegawai tertinggi Angkatan Tentera itu mengkabarkan pelbagai insentif melanjutkan pelajaran akan di berikan kepada angkatan tentera termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Selain itu pelbagai lagi habuan yang menanti kakitangan Angkatan Tentera.
Hati kecil saya berkata .. baguslah kalau macam tu tapi habuan tu banyak diberikan pada orang-orang besar dalam tentera, yang kecik-kecik macam prebet , kopral dan sarjan tak ada apa sangat.
Sebagai orang media saya mencari tafsiran disebalik berita yang di siarkan itu. Lalu jawapan pasti saya perolehi dua hari kemudian apabila Abdullah membuat penukaran suka-sama-suka dengan Timbalannya Najib Razak. Pelik pula rasanya bila melihat Abdullah baru nak belajar pegang senapang dan najib pula suruh belajar kira duit.
Abdullah mungkin mempunyai alasan bahawa pertukaran suka sama suka ini bertujuan supaya Najib belajar untuk mengetahui alam kewangan negara. Najib yang selama ini berkurung dalam kem kementerian Pertahanan perlu juga mengetahui selok belok kewangan negara. Itu dalam perkiraan Abdullah yang cuba di sajikan pada rakyat bagi menghalalkan kaedahnya disebalik penukaran suka sama suka ini.
Tapi yang lebih pelik ialah mengapa pula Abdullah ambil kementerian Pertahanan. Inilah persoalan yang harus diperincikan tujuannya.
Sebelum ini Pak Lah memang di asak dari pelbagai penjuru. Keadaan fizikalnya pun dah nampak letih, bermasalah dan tak normal ( mungkin juga sebab bulan puasa sekarang). Namun dalam hal politik dalaman Pak Lah berhadapan dengan musuh dari dalam dan luar. Musuh dalamannya adalah dari Umno dan BN dan dari luar adalah dari asakan Anwar Ibrahim.
Isu Mahyuddin yang meminta peralihan kuasa kepada Najib di pertimbangkan semula dan tarikh Jun 2010 di lihat terlalu lama dan tidak relevan. Perletakan Jawatan Zaid Ibrahim yang menjadi menteri yang bertanggungjawab hal kehakiman ekoran bantahan terhadap tangkapan ISA ke atas, Raja Petra, Teresa Kok dan Wartawan Sin ChewDaily, Tan Hoon Cheng yang kemudiannya di bebaskan masih memeningkan kepala Pak Lah.
Ini tidak termasuk kegelisahan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan minyak walaupun harga minyak telah turun. Tetapi apa yang sebenarnya lebih membimbangkan Abdullah bukannya peralihan kuasanya kepada Najib tetapi peralihan kuasa dari Umno/BN kepada Pakatan Rakyat.
Inilah tekanan maksima yang sedang di hadapi Abdullah sehingga memaksa mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan. Rakyat dan orang Umno mungkin termakan aksi disebalik isu mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik mutakhir, ini merupakan langkah terakhir Abdullah mempertahankan relaiti sebenarnya.
Bagi sesiapa yang memahami pengajian Sains Politik, tindakan Abdullah menguasai Kementerian Pertahanan memperlihatkan Abdullah sudah berada di penghujung pertimbangan kerana tiada lagi jalan keluar.
Dalam kontek pertahanan, tindakan ketenteraan yang di ambil dalam sesebuah negara itu merupakan kaedah paling lemah kerana semua undang-undang yang sedia ada dalam sesebuah negara itu telah lumpuh dan tidak lagi dipatuhi oleh rakyatnya. Justeru undang-undang tentera yang berupa arahan kuku besi yang hanya mempunyai jawapan 'ya' dan 'tidak' sahaja yang terpaksa digunakan untuk mengawal segala keadaan.
Persoalannya mengapakah Abdullah sanggup melakukan pertukaran suka-sama-suka dengan Najib?. Mengapa pula Najib sanggup jadi pak Sanggup ... Ahhhhhh ... semua orang tahu yang Najib memang bacul.
Genap 16 September lalu, Anwar Ibrahim dan semua pimpinan tertinggi PR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan media melaporkan bahawa Anwar mengatakan 31 Ahli Parlimen (MP) dari BN dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah menyertai PR. Ini menjadikan PR kini memiliki 133 kerusi dan BN memiliki 109 kerusi. Dengan ini bererti PR boleh membentuk kerajaan dan BN akan berada di kerusi Pembangkang apabila Parlimen bersidang semula nanti.
Di Malam Hari Malaysia yang di sambut pada malam 15 september lalu, Anwar menyatakan segala yang telah dirancang berada dalam 'on track'. Manakala pada sebelah paginya, Dr Hatta Ramli (PAS), Johari Abdul (PKR) dan Antony Lok ( DAP) telah menyerahkan surat kepada Pejabat PM di putrajaya.
Dalam surat tersebut, dua perkara yang perlu tindakan segera iaitu bebaskan semua tahanan politik dan tahanan ISA dan keduanya memohon pertemuan segera antara Perdana Menteri dan PR berhubung peralihan kuasa.
Anwar dan gabungan PR bertindak bijak kerana cuba mengambil alih kerajaan secara aman dan bukannya secara kekerasan kerana ai dibimbangi akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Tindakan Anwar merahsiakan senarai 31 MP BN yang berpaling tadah menyertaiPR juga adalah langkah yang tepat kerana BN yang memiliki pelbagai jentera termasuk media, polis, undang-undang serta segalanya akan diguna pakai untuk mengaib atau menahan mana-mana MP tersebut dengan pelbagai tekanan.
Dalam sidang Media 16 September lalu, Anwar memberi tempoh sehari dua kepada Abdullah untuk memikirkan isu perbincangan bagi membolehkan proses peralihan kuasa secara aman.
Dalam sidang media tersebut PR sebulat suara bimbang dengan beberapa tindakan yang dijangka akan dilakukan Abdullah dan BN bagi menghalang proses peralihan kuasa ini. Antaranya negara akan di istiharkan dharurat, tindakan ISA serta menangkap pemimpin pembangkang dan lain-lain tindakan provokatif yang
Ternyata sehari selepas Anwar memberi amaran tersebut, Abdullah bertindak membuat penukaran suka-sama-suka serta menguasai kementerian Pertahanan.
Apakah Abdullah akan bertindak berdasarkan kebimbangan yang telah dinyatakan oleh pimpinan PR. Kita tunggu dan lihat apakah kelentong Abdullah dan Najib melalui media milik mereka..........Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6893179108147824776.post-74431683410217516522008-09-16T23:10:00.000-07:002008-09-16T23:12:37.871-07:00Malaysia - Rakyat harus kenalinyaSejarah Malaysia
Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas.
Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah
dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu
dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur –
secara besar akibat dari pengaruh luar.
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di
Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah
melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan
Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India
memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman
Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ianya
membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan
pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan
Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud
dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti
oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan
Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan
Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.
Zaman Penjajahan
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun
1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat
Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh
dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura
dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri
Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih
untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor
ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak,
Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri
lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan
Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala
Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka
semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga
kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat
Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan
mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum
pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Pembentukan Malaysia
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui
penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.
Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri
akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara
berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah.
Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada
1969.
Politik
Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang
di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima
tahun.
Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain.
Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan
raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.
Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan
perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada
pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet
merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang
senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh
dibahagikan kepada dua:
1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili
oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang
jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan
dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian
kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.
Ekonomi
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara
pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara
berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia
adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya,
Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor
teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3%
disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah
mengurangkan kesan gawat tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar
pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang
kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan
Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan
kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang
korporat yang tinggi dan kompetitif.
Selain getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber
asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.
Demografi
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di
Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang
yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat daripada
penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada
kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan
Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di
kedua-dua negeri itu. Keadaan di Sabah lebih teruk setelah kemasukan UMNO dalam usaha menguasai
politik di negeri itu. Mereka terbahagi kepada puluhan kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum
yang sama. Kaum yang utama adalah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20,
kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah
bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan
Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat
Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/15287796440911808614noreply@blogger.com0