Friday, October 31, 2008

Abdullah jadi Quran buruk Umno dan bangkai bernyawa pada Rakyat




SETELAH mengambil jalan berputih mata dari bertanding mengekalkan jawatan sebagai Presiden Umno Mac 2009 nanti kini Abdullah boleh terus melelapkan mata dari menerima apa-apa tekanan dari dalam atau luar Umno.

Masa lebih kurang 5 bulan ini ( hingga Mac 2009). Abdullah akan menjadi Perdana Menteri yang secara tabienya boleh buat kerja makan dan tidor. Abdullah telah hilang segala taringnya, justeru hanya gigi yang tinggal itu bolehlah digunakan untuk mengunyah bahan makanan bagi mengalas perut.

Maka Abdullah tidak lagi boleh makan makanan berdaging kerana gigi taringnya telah di cabutnya sendiri. Begitu juga dengan tidurnya. Abdullah kini sudah boleh tidur nyenyak dan bangun dini hari kerana tak perlu lagi tergopoh gapah untuk ke majlis-majlis tertentu.

Kalau dulu masa belum kawin dengan Jeanne, kakitangan di putrajaya terpaksa menunggu lama baru Abdullah menjelma untuk berucap di perhimpunan mingguan di JPM. Lepas kawin pula Abdullah kelihatan lesu dan kurang bermaya di sebabkan terpaksa bangun lebih awal kerana masa tidor dan bangun Abdullah di tentukan oleh isterinya.

Namun kini semuanya telah berbeza, walaupun Abdullah masih bergelar Perdana Menteri tetapi dia tidak layak lagi bercakap pada media kerana apa yang akan di cakapnya sudah tidak memberi manfaat pada Negara maupun rakyat.

Begitu juga untuk berjumpa orang kenamaan dari luar Negara. Abdullah tak perlu lagi ‘menyibuk’ kerana tak akan ada pelabur yang akan yakin dan percaya padanya lagi.

Bagi rakyat itu semua tak jadi halangan. Sebagai manusia Abdullah berhak menikmati pelbagai rahmat yng di angugerah tuhan kepada hambaNya.

Namun apa yang mungkin di pertikai rakyat adalah wang rakyat yang diberi kepada Abdullah yang masih memegang jawatan sebagai perdana menteri. Wang berupa gaji, elaun, kenderaan, lawatan dan pelbagai tip keistimewaan yang di terima oleh Abdullah adalah hak rakyat.

Apa guna ada PM sekiranya jawatan tersebut tidak memberi makna dan manfaat kepada Negara dan rakyat?. Rakyat berada di persimpangan berhubung kedudukan Abdullah sekarang.

Walaupun kini Abdullah menjadi Quran buruk pada Umno, namun rakyat tak ambil kisah kerana kedudukan ini tidak melibatkan sangat wang rakyat.

Tetapi rakyat akan membuka mata dan melihat Abdullah seperti bangkai bernyawa kerana selama 5 bulan ini jasad Abdullah tidak dapat di kuburkan kerana dianggap masih bernyawa Perdana Menteri. Dalam masa yang sama berapakah wang yang akan disalurkan kepada Abdullah untuk menanggung jawatan yang ‘tidak berkuasa’ ini.

Ini tidak termasuk kesan-kesan besar lain yang akan dihadapi Negara ekoran jawatan Abdullah yang ‘tidak berkuasa’ tetapi masih bergelar PM ini. Kemelut ekonomi dunia yang sedang melanda seluruh dunia secara hakiki dan tabienya memerlukan perhatian pemimpin Negara untuk merancang dan mengatur dasar-dasar yang akan menyelamatkan masa depan Negara.

Dalam konteks ini Malaysia sebenarnya memerlukan lebih perhatian berbanding Negara lain di dunia ekoran masalah ekonomi yang hadapi oleh Amerika. Ini di sebabkan Malaysia merupakan Negara ketiga terbesar terlibat dalam sector pengespotan dengan Negara kuasa besar dunia itu. Maka sudah tentulah perhatian yang lebih perlu diberikan oleh pemimpin Negara untuk mencari jalan atau membentuk dasar baru supaya keadaan dapat dikawal sebelum berlaku lebih teruk.

Dalam konteks politik pula, apabila Negara berada dalam situasi ini Negara luar akan menganggap Malaysia sedang berhadapan dengan konflik politik yang yang paling kronik kerana PM sudah tidak mempunyai kuasa pemutus dan kuasa pembatal. Negara ini akan di pinggirkan dari segala agenda yang memerlukan penglibatan pemimpin tertinggi Negara.

Kesan kepada persepsi dunia terhadap Malaysia dalam konteks ketidakstabilan politik akan memakan masa bertahun-tahun lamanya walaupun proses peralihan kuasa telah tercapai. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kemalapan pelaburan luar ke Negara ini dalam jangka masa yang lama.

Memandangkan jawatan PM memberi makna yang besar dan banyak memberi signifikan kepada pelbagai disiplin kepimpinan dan kenegaraan maka tindakan Abdullah membuat pengumuman semalam meninggalkan risiko yang besar pada negara.

Walaupun Abdullah berhak menarik diri dari mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno namun pertimbangan berhubung imej Negara harus di intai dari perspektif yang mendalam. Tindakan dayus Abdullah sekadar memberikan gambaran bahawa beliau adalah pemimpin yang lemah. Abdullah boleh mengambil sikap berkecil hati dengan orang-orang Umno untuk beberapa waktu. ‘Kerugiannya’ hanyalah Abdullah, anak, menantu dan kroni-kroninya sahaja.

Namun pada negara, jersi PM yang di sarung Abdullah selama ini meninggalkan impak yang besar kerana beliau mencerminkan wajah Malaysia kepada dunia. Tindakan menarik diri Abdullah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bernakhoda tanpa tauliah. Abdullah menjadi lebih bermaruah di mata rakyat dan di pandang dunia sebagai pemimpin yang cekal dan bermaruah sekiranya memilih untuk mempertahankan jawatan. Menang atau kalah adalah adat pertembungan. Pepatah melayu berkata berpantang mati sebelum ajal. Namun Abdullah melilih ajal dahulu sebelum mati.

Kesan dari tindakan Abdullah ini akan menyebabkan Umno akan menjadi lebih parah dan berpecah. Najib bukan calun sebenar kerana petriotisme Najib terhadap nasib orang melayu hanya memimjam ketokohan arwah bapa beliau. Walhal realitinya hanya momokan media.

Berpuluh-puluh angka dan bilangan sedang di senaraikan untuk di hidangkan untuk tatapan rakyat berhubung kes Najib dalam beberapa ketika nanti. Berdasarkan realiti politik sebenar, legasi Abdullah melebihi aura ketokohan Najib namun semua itu gagal di manfaatkan Abdullah kerana anak pinak dan harta dunia mengabui mata hati anak ulama tersebut.

Kini segalanya telah menjadi bubur. Abdullah bangga dengan pendiriannya yang disifat tindakan dayus tersebut sebagai usaha menyelamatkan Umno. Abdullah mendakwa membakar dirinya untuk menyelamatkan Umno. namun banyak hal yang Abdullah tidak sedar bahawa beliau adalah pemimpin negara yang paling di kesali rakyat.