Wednesday, September 16, 2009

Anwar guna ilmu pukau?



'Depa kata saya pakai ilmu pukau masa bercakap depan orang ramai". Demikian kata-kata yang keluar dari lidah Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub sedang menikmati juadah berbuka puasa di Surau Nurul Iman Hulu Langat pada 16 September lalu.

Saya lihat Syeikh Mahmud tersentak dengan senyuman terukir di wajah beliau. Turut serta dalam majlis tersebut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Butir perbualan ringkas ketika saya sempat merakamkan gambar ini berkisar tentang pilihanraya kecil Batang Pinang yang dijangka akan diadakan 11 Oktober depan. Kemudiannya Anwar memberitahu Tuan Guru beliau itu bahawa terdapat beberapa halangan yang cuba dilakukan oleh orang-orang BN bagi menghalang beliau dan beberapa pemimpin PR lain mengadakan ceramah-ceramah di Negeri Sembilan dan Selangor.

Atas pendekatan adap saya meninggalkan Anwar dan Guru beliau itu selepas lebih kurang lima minit merakamkan gambar Sheikh Mahmud bersama tetamu-tetamu beliau.

Sheikh Mahmud pernah menggemparkan dunia politik tanah air apabila beliau didatangi dua pemimpin tertinggi kerajaan dan pembangkang pada 10 mac 2009 lalu.

Pada tarikh tersebut Anwar dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir menjadi tetamu kehormat Sheikh Mahmud dimajlis perayaan Maulidurrasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Sheikh Mahmud dalam alam kerohanian.

Desas desus berhubung pertemuan itu juga menjadi berita minggu depan media perdana dan media alternatif tanah air yang membayangkan ada pertemuan dan perbincangan sulit antara Anwar- Abdullah.