Wednesday, September 17, 2008

Abdullah mungkin tangkap Anwar?

Utusan dalam berita 4.50 petang tadi melaporkan Abdullah mengistiharkan Anwar sebagai pengancam ekonomi dan keselamatan negara sejurus beberapa jam selepas Abdullah dan timbalannya melakukan urusan tukar jawatan suka-sama-suka sebagai Menteri Pertahanan dan menteri kewangan 1.

Kini semua tentera telah berada di bawah bidang kuasa Abdullah. apakah akan berlaku pengistiharan dharurat sejurus selepas Anwar di tangkap di bawah ISA bagi menghalang kebangkitan rakyat???????.

Saya terima banyak sms yang membuat pelbagai spekulasi berhubung tindakan Abdullah mengambil alih menteri Pertahanan dan kenyataan beliau di putrajaya hari ini.

Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana untuk menyelamatkan diri dan masa depan politik seseorang akan lakukan apa saja termasuk menganiaya, menzalimi dan ada yang sanggup membunuh......

Andai ini berlaku ... apa tindakan anda ?????

No comments: