Wednesday, September 17, 2008

Apa dah jadi Abdullah .. akui lah realiti sebenar

Apa nak jadi ni Dolah ni, dia buat negara ni macam hak bapak dia ka. ... main tukar suka sama suka dengan Najib. ....... dah sah, tak esok, lusa .... inilah antara puluhan sms yang saya terima dari rakan-rakan dan para wartawan seperjuangan.

Selepas tamat majlis sambutan Hari Malaysia yang disambut di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September lalu yang turut di hadiri Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Guan Eng, Kamrudin Jaafar, Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Dr Hatta Ramli dan ramai pimpinan PKR, PAS dan DAP.

Saya bersama wartawan Hafiz Junior singgah sekejap di restoran tepi Tasik Shah Alam untuk membasahkan tekak lagi pun kenderaan penuh sesak, biarlah kenderaan berkurang sikit barulah balik bisik hati kecil saya. Lalu kami singgah di restoran tersebut.

Masa tu lebih kurang 11.40 malam. Skrin besar di restoran tersebut menayangkan program di RTM 1. yang menyiarkan Ketua Turus Angkatan Tentera, sedang ke udara. Tiba-tiba seorang pengunjung restoran itu memberitahu kakak tuan restoran itu supaya menguatkan sedikit audio pada skrin besar itu.

.... hmmm cerita tentera dapat kursus ke, ingat tentera dah nak suruh pak lah serah negara pada Anwar. kata pengunjung yang menyuruh audio dikuatkan tadi. Tersenyum saya pada pengunjung tersebut yang kebetulan melintasi meja makan saya. Saya cuba meneliti butir cerita yang cuba di sampaikan oleh Ketua turus Angkatan tentera itu.

Saya bertanya pada Hafiz,... apa yang U fikir tentang cerita dalam tv tu. Hafiz kata bonos setahun gaji untuk tentera. Tersedak saya seketika mendengar jawapan dari Hafiz yang memberi tafsiran dari kenyataan pegawai tertinggi tentera itu. Dalam kenyataan itu Pegawai tertinggi Angkatan Tentera itu mengkabarkan pelbagai insentif melanjutkan pelajaran akan di berikan kepada angkatan tentera termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD. Selain itu pelbagai lagi habuan yang menanti kakitangan Angkatan Tentera.

Hati kecil saya berkata .. baguslah kalau macam tu tapi habuan tu banyak diberikan pada orang-orang besar dalam tentera, yang kecik-kecik macam prebet , kopral dan sarjan tak ada apa sangat.

Sebagai orang media saya mencari tafsiran disebalik berita yang di siarkan itu. Lalu jawapan pasti saya perolehi dua hari kemudian apabila Abdullah membuat penukaran suka-sama-suka dengan Timbalannya Najib Razak. Pelik pula rasanya bila melihat Abdullah baru nak belajar pegang senapang dan najib pula suruh belajar kira duit.

Abdullah mungkin mempunyai alasan bahawa pertukaran suka sama suka ini bertujuan supaya Najib belajar untuk mengetahui alam kewangan negara. Najib yang selama ini berkurung dalam kem kementerian Pertahanan perlu juga mengetahui selok belok kewangan negara. Itu dalam perkiraan Abdullah yang cuba di sajikan pada rakyat bagi menghalalkan kaedahnya disebalik penukaran suka sama suka ini.

Tapi yang lebih pelik ialah mengapa pula Abdullah ambil kementerian Pertahanan. Inilah persoalan yang harus diperincikan tujuannya.

Sebelum ini Pak Lah memang di asak dari pelbagai penjuru. Keadaan fizikalnya pun dah nampak letih, bermasalah dan tak normal ( mungkin juga sebab bulan puasa sekarang). Namun dalam hal politik dalaman Pak Lah berhadapan dengan musuh dari dalam dan luar. Musuh dalamannya adalah dari Umno dan BN dan dari luar adalah dari asakan Anwar Ibrahim.

Isu Mahyuddin yang meminta peralihan kuasa kepada Najib di pertimbangkan semula dan tarikh Jun 2010 di lihat terlalu lama dan tidak relevan. Perletakan Jawatan Zaid Ibrahim yang menjadi menteri yang bertanggungjawab hal kehakiman ekoran bantahan terhadap tangkapan ISA ke atas, Raja Petra, Teresa Kok dan Wartawan Sin ChewDaily, Tan Hoon Cheng yang kemudiannya di bebaskan masih memeningkan kepala Pak Lah.

Ini tidak termasuk kegelisahan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan minyak walaupun harga minyak telah turun. Tetapi apa yang sebenarnya lebih membimbangkan Abdullah bukannya peralihan kuasanya kepada Najib tetapi peralihan kuasa dari Umno/BN kepada Pakatan Rakyat.

Inilah tekanan maksima yang sedang di hadapi Abdullah sehingga memaksa mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan. Rakyat dan orang Umno mungkin termakan aksi disebalik isu mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik mutakhir, ini merupakan langkah terakhir Abdullah mempertahankan relaiti sebenarnya.

Bagi sesiapa yang memahami pengajian Sains Politik, tindakan Abdullah menguasai Kementerian Pertahanan memperlihatkan Abdullah sudah berada di penghujung pertimbangan kerana tiada lagi jalan keluar.

Dalam kontek pertahanan, tindakan ketenteraan yang di ambil dalam sesebuah negara itu merupakan kaedah paling lemah kerana semua undang-undang yang sedia ada dalam sesebuah negara itu telah lumpuh dan tidak lagi dipatuhi oleh rakyatnya. Justeru undang-undang tentera yang berupa arahan kuku besi yang hanya mempunyai jawapan 'ya' dan 'tidak' sahaja yang terpaksa digunakan untuk mengawal segala keadaan.

Persoalannya mengapakah Abdullah sanggup melakukan pertukaran suka-sama-suka dengan Najib?. Mengapa pula Najib sanggup jadi pak Sanggup ... Ahhhhhh ... semua orang tahu yang Najib memang bacul.

Genap 16 September lalu, Anwar Ibrahim dan semua pimpinan tertinggi PR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan media melaporkan bahawa Anwar mengatakan 31 Ahli Parlimen (MP) dari BN dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah menyertai PR. Ini menjadikan PR kini memiliki 133 kerusi dan BN memiliki 109 kerusi. Dengan ini bererti PR boleh membentuk kerajaan dan BN akan berada di kerusi Pembangkang apabila Parlimen bersidang semula nanti.

Di Malam Hari Malaysia yang di sambut pada malam 15 september lalu, Anwar menyatakan segala yang telah dirancang berada dalam 'on track'. Manakala pada sebelah paginya, Dr Hatta Ramli (PAS), Johari Abdul (PKR) dan Antony Lok ( DAP) telah menyerahkan surat kepada Pejabat PM di putrajaya.

Dalam surat tersebut, dua perkara yang perlu tindakan segera iaitu bebaskan semua tahanan politik dan tahanan ISA dan keduanya memohon pertemuan segera antara Perdana Menteri dan PR berhubung peralihan kuasa.

Anwar dan gabungan PR bertindak bijak kerana cuba mengambil alih kerajaan secara aman dan bukannya secara kekerasan kerana ai dibimbangi akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Tindakan Anwar merahsiakan senarai 31 MP BN yang berpaling tadah menyertaiPR juga adalah langkah yang tepat kerana BN yang memiliki pelbagai jentera termasuk media, polis, undang-undang serta segalanya akan diguna pakai untuk mengaib atau menahan mana-mana MP tersebut dengan pelbagai tekanan.

Dalam sidang Media 16 September lalu, Anwar memberi tempoh sehari dua kepada Abdullah untuk memikirkan isu perbincangan bagi membolehkan proses peralihan kuasa secara aman.
Dalam sidang media tersebut PR sebulat suara bimbang dengan beberapa tindakan yang dijangka akan dilakukan Abdullah dan BN bagi menghalang proses peralihan kuasa ini. Antaranya negara akan di istiharkan dharurat, tindakan ISA serta menangkap pemimpin pembangkang dan lain-lain tindakan provokatif yang

Ternyata sehari selepas Anwar memberi amaran tersebut, Abdullah bertindak membuat penukaran suka-sama-suka serta menguasai kementerian Pertahanan.

Apakah Abdullah akan bertindak berdasarkan kebimbangan yang telah dinyatakan oleh pimpinan PR. Kita tunggu dan lihat apakah kelentong Abdullah dan Najib melalui media milik mereka..........

No comments: