Tuesday, September 16, 2008

Malaysia - Rakyat harus kenalinya

Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas.

Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah

dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu

dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur –

secara besar akibat dari pengaruh luar.

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di

Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah

melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan

Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India

memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman

Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ianya

membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan

pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan

Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud

dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti

oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan

Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan

Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Zaman Penjajahan

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun

1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat

Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh

dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura

dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri

Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih

untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor

ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak,

Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri

lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan

Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan

Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala

Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka

semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga

kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat

Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan

mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum

pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk

semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Pembentukan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui

penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.

Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri

akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara

berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah.

Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada

1969.

Politik

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang

di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima

tahun.

Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain.

Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan

raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.

Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan

perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada

pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet

merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang

senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh

dibahagikan kepada dua:

1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili

oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana

Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang

jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan

dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian

kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.

Ekonomi

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara

pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara

berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia

adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya,

Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor

teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3%

disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah

mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar

pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang

kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan

Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan

kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang

korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber

asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

Demografi

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di

Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang

yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat daripada

penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada

kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan

Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di

kedua-dua negeri itu. Keadaan di Sabah lebih teruk setelah kemasukan UMNO dalam usaha menguasai

politik di negeri itu. Mereka terbahagi kepada puluhan kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum

yang sama. Kaum yang utama adalah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20,

kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah

bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan

Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat

Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

No comments: