Monday, May 18, 2009

BN guna pelbagai alasan elak selesai isu Perak



Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyelar tindakan Perdana Menteri, Najib Razak
dan pemimpin-pemimpin Umno/BN Perak yang menggunakan pelbagai helah dan alasan untuk menyelesaikan isu Perak.

"Najib dan pemimpin-pemimpin Umno/BN lebih suka rakyat Perak hidup dalam keadaan
krisis perlembagaan yang berkecamuk kerana ia akan membuatkan rakyat lupa dengan
masalah kemiskinan, kenaikan harga barang dan kelemahan-kelemahan pentadbiran baru
perdana Menteri," kata Anwar ketika ceramah di Kampong Tok Elong dekat Pananti
baru-baru ini.

"Baru-baru ini Najib kata beliau tidak mahu pakatan Rakayat mengemukan apa-apa
syarat untuk dibuat pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan
isu Perak.

"Kita pimpinan tertinggi pakatan telah pun bermesyuarat dan telah memutuskan kita
tidak mengenakan apa-apa syarat demi untuk mendaulatkan rakyat dan kerajaan Perak.

"Kita juga telah memutuskan pertemuan tersebut hanya akan membincangkan supaya Dun
Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat negeri Perak memilih pemimpin yang akan
menerajui mereka," jelas Anwar.

Menurut Anwar, Najib dan BN tidak akan berubah dengan dasar pembohongan dan daleh
untuk membolehkan mereka meneruskan kuasa.

"Media mereka dipergunakan untuk meracuni fikiran rakyat dengan pelbagai fitnah
dan propoganda. Lihat sahaja dalam kes Perak ini, dulu Najib kata kita bagi syarat
untuk bincang tapi bila kata kita tak buat apa-apa syarat, dia pula enggan bagi
respon dan seolah-olah kita tak buat apa-apa reaksi.

"Bagi kita dalam Pakatan kita akan tetap dengan pendirian bahawa kita mahukan Dun
Perak dibubar bagi membolehkan rakyat Perak memilih.

"Pakatan bukan parti yang berdolak dalik dengan mencipta seribu alasan sebagaimana
Umno/BN serta amalan pemimpin-pemimpin mereka," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Parmatang Pauh.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata BN hari ini sedang behadapan dengan
fobia pilihanraya yang kronik sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengelak
dari mengadakan pilihanraya.

"Mengapa pemimpin-pemimpin BN terlalu takut dengan pilihanraya?. Sebab mereka tahu
dari maklumat perisikan dan beberapa siri pilihanraya diseluruh negara baru-baru
ini bahawa mood kebangkitan rakyat ketika ini merupakan gelombang yang akan
meruntuhkan kerajaan BN secara mutlak.

"Sebab itu kita lihat bagaimana mereka sanggup membuat kenyataan berbelit-belit,
rampas kuasa secara haram, lantik menteri besar haram, lantik speaker haram dan
akhir sekali menggunakan polis untuk mengangkat keluar speaker yang sah yang
dipilih melalui sokongan rakyat," ujar Anwar.

Dalam majlis ceramah yang turut di sertai Bendahari PAS Pusat, Hatta Ramli dan
Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, Anwar berkata rakyat tidak harus tertipu dengan pelbagai slogan yang dicipta setiap kali pemimpin BN mendapat kuasa.

"Dulu Islam Hadhari sekarang pula 1Malaysia, tapi dasar, sikap dan perangai pemimpin-pemimpin mereka tak pernah berubah. Undang-undang dan peraturan yang dibuat dan dilaksanakan semuanya memihak kepada kepenting parti dan pemimpin-pemimpon mereka bukan untuk menyelamatkan maruah dan ekonomi rakyat.

"Yang mereka tahu fitnah dan mencerca dengan harapan bila rakyat menghina saya maka mereka akan mendapat sokongan rakyat.

"Anak-anak kita yang pergi dengar ceramah BTN ,cerca kita , peguam pun ditangkap,
dalam kehakiman,malah dalam kes Nizar. Dalam kes mahkamah rayuan bukan memenangkan
Zamri Cuma menganguhkan keputusan mahkamah terhadap Nizar sehingga di dengar , namun Najib kata ianya kemenangan Zamri.

"Peguam kita berhujah berhari hari ,tetapi mereka 2 jam sahaja lulus, pihak berkuasa menjadi pekakas kepada Umno," kata Anwar yang mendapat tepukan gemuruh lebih 2000 hadirin.

No comments: