Sunday, May 10, 2009

Kami di pukul, dikasari kata-kata kesat dalam Dun - Chang Lih Kang

"Saya diheret macam binatang oleh empat orang yang bukan berpakaian preman polis, kepala saya di tekan kelantai dan tangan saya dikilas kebelakang.

"Saya seorang ahli Dewan Undangan negeri dan saya diperlakukan ketika saya berada dalam dewan dimana tempat saya seharusnya berada dan merupakan tempat persidangan wakil-wakil rakyat. Mengapa Polis dan mereka yang tidak dikenali pula harus masuk campur," kata Adun Teja, Chang Lih Kang apabila mengulas insiden yang belaku ketika sidang Dun Perak, 7 Mei lalu.

Menurut Chang, sebelum berlaku insiden yang menyebabkan pihak polis masuk ke dewan, Speaker Dewan, S Sivakumar mengarahkan sepuluh adun BN termasuk Zamri Abdul Kadir serta tiga Adun bebas keluar dari dewan disebabkan mereka masih lagi digantung dari menyertai persidang Dun.

"Semua Dun BN itu berkumpul di suatu sudut dan cuba melantik Speaker baru di saat Sivakumar masih lagi berada di atas kerusi speaker dalam dewan.

"Apabila kami Adun dari Pakatan mempertikaikan tindakan mereka, mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan perkataan yang tidak seharusnya dikeluarkan dari mulut seorang wakil rakyat.

"Mereka kemudiannya engarahkan polis yang ada diluar dewan untuk masuk sedangkan yang berkuasa dalam mengeluarkan arahan adalah Speaker dewan bukannya Adun.

"Kemudian polis datang dan mengusir kami Adun dari Pakatan termasuk Speaker. Saya memberitahu pihak polis di atas peruntukan manakah yang digunakan oleh mereka untuk mengusir kami.

"Tapi pihak polis tidak mengendahkan kenyataan kami walaupun ramai dari adun pakatan rakyat adalah terdiri dari para peguam yang amat mahir dalam persoalan perundangan," jelas wakil Keadilan itu lagi.

Menurut Chang, beliau dan beberapa Adun Pakatan cuba menghalang pihak polis dan orang yang berpakaian biasa dari mengusir Sivakumar namun tangan beliau di kilas kebelakang.

"Melihat keadaan tersebut saya, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Pasir Panji, Thomos Su dan Adun Bedamar, Seah Leong Peng cuba menghalang polis dan beberapa orang yang bukan berpakaian reman dari mengerumuni Speaker, S Sivakumar.

"Saya ditolak hingga hampir rebah oleh mereka yang berpakaian biasa malah kami tidak tahu siapa kah mereka. Saya ingat mereka ini samseng yang pernah menghalang Adun Pakatan memasuki dewan semasa 3 Mac lalu sehingga kita terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

"Kemudian beberapa orang dari mereka memegang dan mengilas tangan saya ke belakang, ini amat menyakitkan. Saya bertanya mereka siapa mereka dan mengapa mereka masuk kedalam dewan sedangkan mereka tidak seharusnya berada adalam dewan.

"Mereka tidak menjawab pertangayaan saya sebaliknya saya direbahkan kelantai dan kepala saya di tekan kebawah lantai dengan cukup ganas dan kasar.

"Ketika saya dijatuhkan kelantai pinggang saya merasa amat sakit dan setelah terjatuh kelantai saya terlihat sebuah pasu bunga yang ada dalam dewan disebelah saya telah pecah dan barulah saya menyedari bahawa kesakitan yang saya alami di pinggang itu rupa-rupanya disebabkan saya telah terlanggar pasu tersebut. Kesan calar tersebut masih ada di belakang saya dan kesakitannya masih terasa hingga saat ini," Jelas Chang ketika di hubungi pada 9 Mei lalu.

Kata Chang lagi beliau amat kesal kerana pihak polis telah bertindak memihak kepada BN walaupun BN ternyata tidak mematuhi dewan serta melanggar arahan Speaker.

"Polis merupakan sebahagian dari konspirasi yang membantu BN merampas kuasa di Perak. Ini adalah agenda terancang yang semata-mata bagi menghalalkan cara BN sedangkan polis seharusnya tidak menyalahguna kuasa mereka,"kata Chang lagi

No comments: