Friday, May 15, 2009

Zambery buat rayuan kerana takut pilihanraya - Nizar

Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaludin berkata tindakan Zambery Kadir mengemukan fail dimahkamah Rayuan tanpa melalui prosidur yang betul semata-mata bagi memastikan tidak ada pembubaran Dun Perak berlaku.

"BN Perak sememangnya takut untuk diadakan pilihanraya kecil di Perak kerana masalah dalamana dan kepimpinan mereka di semua peringkat sedang berada dalam keadaan kucar kacir.

"Mereka juga semakin bimbang dengan prestasi mereka di Perak ekoran beberapa petunjuk dari pilihanraya di Bukit Gantang dan beberapa siri pilihanraya kecil lain yang semuanya memihak kepada Pakatan Rakyat," kata Nizar ketika di temui selepas sidang media Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada 14 Mei lalu.

Menurut Nizar, tindakan mahkamah rayuan yang mengambil tindakan serta merta tanpa di rujuk kepada keputusan mahkamah Tinggi telah meletakkan krisis perlembagaan di Perak bertambah rumit dan mengelirukan rakyat.

"Dalam keadaan sekarang Zambery dan BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tidak berlaku pembubaran Dun ataupun pilihanraya di Perak.

"Pilihanraya merupakan satu bela bencana kepada survival politik BN kerana berdasarkan maklumat perisikkan dan culaan yang dilakukan mendapati BN akan mengalami kekalahan teruk apabila pilihanraya kecil di adakan.

Ini di sebabkan rakyat bukan sahaja telah celik maklumat malah rakyat juga sedikit sebanyak telah memahami masalah perundangan akibat dari krisis yang dihadapi sekarang.

"Media-media Pakatan Rakyat yang banyak memberi maklumat berhubung isu perlembagaan serta kris yang melanda Perak telah membuka mata rakyat untuk menolak Umno/BN sekiranya berlaku pilihanraya. Inilah antara rentetan yang menakutkan pemimpin-pemimpin BN sehingga mereka akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan dalam pilihanraya kecil," ujar Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang.

Ditanya mengenai tindakan Zambery mengemukakan rayuan tersebut Nizar berkata beliau sentiasa menghormati apa jua tindakan yang berlandaskan kepada perundangan negara.

"Tetapi tindakan Zambery dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang cuba menghalang dari memberi ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan memilih pemimpin mereka yang sah merupakan suatu jenayah politik yang tidak boleh di maafkan oleh rakyat.

"Saya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum BN di Perak kerana apa yang telah kerajaan Pakatan lakukan untuk mengembalikannya kepada rakyat telah dilakukan dengan pelbagai cara yang dibenarkan oleh perlembagaan.

"Kita akan tetap mendahulukan kepentingan rakyat walaupun secara individu kami diperlakukan dengan pelbagai rintangan dan halangan," ujar Nizar lagi.

No comments: