Thursday, May 14, 2009

Sejauh mana Najib mahu selesaikan krisis Perak

Pada tanggal 4 Februarilalu, Najib yang baru dilantik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik Najib sebagai Pengerusi BN Perak ekoran kegagalan Pengerusi sebelumnya Tajol Rosli Ghazali mengawal perpecahan Umno Perak.

Tindakan Adun Bota, Nasaruddin Tajuddin yang keluar dari Umno dan menyertai Pakatan Rakyat memberi pukulan yang memalukan Umno Perak khususnya kepimpinan Tajol Rosli. Najib yang mengambil alih pengerusi BN Perak mula memancing beberapa adun-Adun dari Pakatan yang mempunyai masalah. Mereka adalah Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Ekoran itu S Sivakumar yang merupakan Speaker Dun Perak telah menerima surat perletakjan jawatan ketiga-tiga adun tersebut. Sivakumar kemudiannya mengistiharkan tiga kerusi di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong ekoran perletakan jawatan tersebut. Suatu permohonan untuk diadakan pilihanraya kecil di tiga Dun tersebut telah dibuat kepada SPR oleh Sivakumar.

Dalam situasi yang sama Menteri Besar PR, Nizar Jamaludin telah mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan untuk membubarkan di tiga Dun tersebut. Selepas berlaku beberapa episod menggertak, mengugut, menculik dan sogokan yang diketuai Najib akhirnya ketiga-tiga Adun PR yang bermasalah ini mengistiharkan mereka sebagai calon Bebas.

Dalam masa yang sama Najib juga turut mengadap Sultan Perak bagi membentuk kerajaan BN di Perak dengan alasan ketiga-tiga calon bebas tersebut menyokong BN.

Sultan Azlan kemudiannya mengistiharkan Zambery Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Maka berjayalah matlamat Najib untuk merampas kerajaan PR di Perak. Lalu Njib yangsedang berada dalam proses peralihan kuasa dengan Abdullah dianggap oleh pemimpin Umno sebagi seorang wira kepada berjaya merampas Perak.

Kini kemelut perundangan di Perak menjadi semakin rumit dan telah tiba diperingkat simpulan yang semakin tidak ketahuan jalan penyelesaiannya.

Pada Petang tadi jam 3.45 petang bertempat di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Najib bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan di Negeri yang pernah menjadi negeri pengeluar bijih timah terbesar di dunia itu.

Sejurus selepas mesyuarat pimpinan tertinggi PR yang dihadiri Anwar Ibrahim, Us Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti telah memutuskan bahawa pertemuan dengan Najib bukan berdasarkan pertemuan untuk membincangkan persoalan penyatuan tetapi untuk menyelesaikan kemelut di Perak.

Menurut Anwar, Perak harus diserahkan kepada rakyat untuk memilih pemimpin bagi menerajui negeri tersebut.Kata Anwar bukan sahaja PR sahaja menyerankan supaya di adakan pilihanraya malah Suhakam, Majlis Peguam, NGO, beberapa pimpinan komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, para cendikiawan serta pengamal undang-undang juga menggesa supaya pilihanraya merupakan jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis di Perak.

Us Hadi pula menyatakan bahawa perbincangan tanpa dikenakan apa-apa syarat tersebut akan dihadiri ketiga-tiga pemimpin tertinggi PR dengan Najib nanti. Menurut Hadi PR lebih melihat kepada kepentingan rakyat melebihi dari kepentingan parti, maka tiada ada syarat yang perlu ditakuti oleh Najib kerana PR sentiasa bersikap terbuka dalam menangani isu Perak.

Manakala Lim pula menjelaskan pertemuan itu semata-mata untuk menyelesaikan krisis yang telah memalukan imej negara dimata dunia. Pelanggaran ketiga-tiga instituasi perlembagaan antara Kuasa Legistatif, Eksekutif dan Perundangan negara telah mengheret negara ini sebaris dengan negara-negara di Afrika.

Persoalannya mampukan Najib untuk menyelesaikan krisis Perak dengan mengadakan pilihanraya kecil di Perak sedangkan beberapa siri pilihanraya di Pereak serta beberapa lagi semuanya memihak kepada PR kecuali di Batang Ai.

Kekalahan demi kekalahan secara hakikinya memberikan imej kepada kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara yang tidak mendapat mandat rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Apakah Perak akan di pertaruh untuk mengembalikan imej Najib dimata rakyat hatta dunia.

Menurut Nizar yang turut menghadiri sidang media tersebut berkata tindakan Zambery serta Mahkamah rayuan segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi merupakan suatu pelanggaran prosiding mahkamah bagi menghalang beliau mengadap Sultan Perak bagi membubarkan Dun Perak.

Keputusan Zambery adalah keputusan Najib kerana Najib merupakan bos Zambery. Membiarkan Perak ditawan PR sama ertinya menjatuhkan maruah dan air muka Najib yang telah merampasnya dari PR.

Apakah lagi helah yang akan digunakan Najib untuk menyelamatkan Perak dari pembubaran Dun. Kenyataan Najib bahawa hanya Sultan Perak yang boleh menentukan pembubaran Dun dan diadakan pilihanraya bukannya kerajaan meletakkan beliau semakin terhimpit oleh agenda yang dirancang dan dibina atas keperitan dan hak rakyat.

No comments: